every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 24, 2010

Kurus????


Em.. kenapa sekarang semua gadis ingin menjadi kurus?? aku mmg arr xterkecuali..
ramai yang berpendapat berat dan badan aku dah ok arr dengan ketinggian aku..tp entah mengapa aku tetap xpuas hati.. aku nak kurus.. KURUS!!!

Cmne ek nak dapatkan bentuk badan yang ideal??? adakah dengan diet?? mkn ubat kurus?? minum teh herba?? bersenam??? semua persoalan timbul dalam fikiran aku tentang keberkesanannya.. apa tidaknya.. semuanya telah aku praktikkan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan aku..

Kini aku lebih selesa dengan mengurangkan makan.. bkn xmkn !! ( kebulur arr nnt) kurangkan mkn nasi.. mkn lebih buah-buahan..minum lebih air kosong.. kurangkan mkanan ringan..alhamdulillah aku merasakan kesannya. walaupun amat perlahan tetapi aku amat berpuas hati.bagiku apa yang penting ialah aku akan sentiasa sihat dan cergas bagi menjalankan aktiviti seharianku.


Tips Kurus..


1..Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

2..Kurangkan Makan ~ Kawal anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

3..Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

4..Kawal emosi ~ Satu lagi yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

No comments: