every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Ramadhan yang dirindui



semalam..bersamaan dengan 30 julai 2010..ak n kwn2 iaitu linda, yan dan zati telah pergi mendengar ceramah forum ehwal islam dkt dataran taman mahsuri...huhuhu...dengan ahli panel yang sungguh mantap iaitu, ustaz Jamaluddin, ustaz Kazem dan ustazah Asni. Mereka telah membincangkan tajuk "Ramadhan yang dirindui"

jom kongsi same2 sediakit sebanyak ilmu yang telah aku kutip kat sane...

ramadhan :- pintu ketakwaan

di bulan yang penuh keberkatan ini seharuhnya kita berusaha memperbaiki diri dan berusaha sedaya upaya utk menjadi insan yang bertakwa. Amalan di bulan ramadhan bkn sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi termasuk juga mensyukuri nikmat Allah, membayar zakat , memperbnyakkan amalan seperti berzikir, membaca al-quran, berbuat baik dan menyambung sirratulrahim sesama manusia...pada bulan ini jgk bukan kuantiti yang utama tetapi kualiti yang dapat kite persembahakan kepada allah sebagai tanda ketakwaan kite kepadanya... tanya pada diri...
  • adakah puasa kite diterima??
  • sudahkah kite bermaaf-maafan sesama manusia dan saudara??
  • adakah kita ikhlas atas segala amalan yang kite lakukan??
terlalu banyak persoalan yang diutarakan. tetapi dapatkah kita menjawab setiap persoalan?? di bulan ini juga boleh kite jadikan sebagai batu loncatan bagi menahan diri... menahan dari segalanya..daripada perasaan lapar dan dahaga, menahan daripada melakuakan perkara mungkar, menahan lidah kite daripada bercakap perkara yang sia-sia dan ape-ape arr yang sewaktu dgnnya...**menahan diri dr merokok..**heheheheh nia arr masenye..gunakan puluang yang ade..rasenye xsalahkan..sambil menyelam kite minum air kan..



nie bukti k yg kami pg..hahahahah
sebelum dgr kite begambar dulu..say chess!!

hahah..linda n zati yg semangat utk bergambar dgn ustaz asni..
ak n yan layan je arr...^_^


**** ok same2 kite mengerjakan ibadat di bulan Ramadhan yang pernuh keberkatan dan selamat beramal..........**

nie pulak merupakan tip makan dibulan ramadhan...

1. berbuka dengan membaca doa
2. mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) / air yang sedikit manis dan kurma disusuli dengan solat magrib.
3. sekarang boleh arr mkn nasi/ mee ye..heheheh
4,kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak

5.lebihkan pengambilan buah dan sayur
6. kunyah makan dengan perlahan
7.berhenti sebelum kenyang
8.lebihkan minum air
9.lepas solat terawih boleh arr jamu kuih or buah-buahan ye..


** ckp arr stkt nie dulu..semua ia memberi manfaat kepada semua...


~jgn ponteng puase ye kwn2...~^_^

Tuesday, July 27, 2010

alkisah..

sakit sgt tekak...adoi..ak mmg xnak minum ais tp tgk air bandung tu mmg ak rase teringin arr sgt2..hahahaha..padan muke ak..ak minum n ini arr padahnye..ak btk xberenti2 pun...satu lg yg wat ak sedih sgt..bile ak mkn tgh mlm je, mesti ak akan muntahkan blk..bkn ak nak wat cmnie tp entah arr..lepas mkn je mesti rase nak temuntah..ala..xsuke2..rugi je..

al- kisahnye..setelah beberapa minit mkn mee bandung yg sedap dan berkrim tue..ak telah muntahkannye semua..kesemuanye sekali ke dlm lubang tandas...^_^ hahhaa..lege... ape pun tekak stil skt n cm biase nagis gak arr jap sbb thn skt..ape arr ak nie..dah mkn muntah pulak..tp jgn silap tau..ak bknnye sengaje muntah ye...tp ak btl2 rase nak temuntah..so muntahkan je arr... ape blh buat..dah suratan takdir..mknan2 xnak jd sebahagian dr ak..nak kuar jgk..!!!

~ time ksh kerana sudi membaca hikayat sdh nie....
~signing off~~

Sunday, July 25, 2010

Aku lelaki ego...

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Note:
Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Nor Hafizah Muahmad Hanipiah atas sumbangan yang amat berharga ini.

** sedih arr bc kisah nie..entah arr..ak berdoa & berharap semoga ak akan bahagia dunia & akhirat..
** kepada abg..jgn nakal2 tau..ingat ye yg sy sentiase ade utk awk n tunggu awk slaloo..jgn tinggalkan sy ye..sy xnak menagis lg... semoga kite akan same2 berusaha bersama-sama melayari bahtera impian menuju bahagia..sy syg awk sgt2...^-^

23 July..2010

23 July...ak mmg suke sgt tarikh nie..nak tau xnape?? sbb nie arr tarikh ak dilahirkan...suke2..tima ksih ibu sbb ibu dah lahirkan akak.. thn nie br ak tau tarikh hari lahir ak same dengan PM & YawaTa..hahahah..tarikh yg sma tp tahun yg berbeza.. Bg ulang tahunku yg ke 21 nie ak berharap, hidup ak akan menjadi lebih baik & bertambah sempurna...

Faizah..senyum selalu ye...!!! xmau sdh2... ^_^

seperti thn2 sudah..ak akan smbut bufday ak bersama kwn2..sendiri msk..sendiri beli kek, sendiri mkn..heheh time ksh kwn2 sbb sudi share saat2 bahagia nie..
time ksh jgk kepada semua yg dah wish bufday ak n doakan kesejahteraan ak..semoga kite semua akan dirahmati & diredhai Alah sentiasa...amin

semperna ulangtahun yg ke 21 nie ak nak wat permintaan..heheheh..blh x??


1. ak berharap ak akan menjadi lebih kurus dan mencapai berat yg ak idamkan...ala..nak kurus cm dulu..ahakssss..
2. ak akan usahe utk pastikan muke ak akan bebas dr jerawat..huhuhu poyo je
3. belajar becinta utk dpt yg terbaik dlm MUET...^_^
4. hope akan terjadi perkara-perkara yg terbaik dalam hidup ak..insya-allah
5. For my beloved one..
will you promise me that you will be mine forever???
but please remember i'm yours....


./(,")\♥ ♥(".)
.../♥\. = ./█\.
.._| |_ .._| |_ ★



Nie ak nak share gmbr2 semperna 23 July...

kek coklat semperna bufday ak...sendiri beli..sendiri makan..^_^ak sgt suke& berpuas hati dengan kek nie

kak evon n sy gembira memotong kek..~

thanks to all my beloved friends...




Thursday, July 22, 2010

Dia Pilihanku....

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Mujahidah solehah... Jagalah akhlakmu sebaiknya...



**nukilan Nur Islam Erni...
**ak berharap, ak akan bertemu dia yg menjadi pilihanku...semoga abg akn sentiasa berada di sisi..Terima kasih utk segalaye..

HOPE OUR RELATIONSHIP FOREVER..^_^

Friday, July 16, 2010

Really like it..

Sekarang ak adalah penonton setia slot Zehra TV3..Drama yg bertajuk janji kekasih mmg menyentuh perasanku..emm entah arr bnyk sungguh ragam manusia niekan... apa pun pada pandangan ak..jika sesorg ingin berubah dr -ve kepada +ve adalah sesuatu yg baik..kite sepatutnye menyokong niat murni seserg yg ingin berubah..bkn mematahkan semangat mereka... segala yg baik adalah dr Allah yg maha kuasa..tiada yg sempurna kecuali Dia yg Maha ESa..

**klu nak tahu adeape ngan cite janji kekasih nie..ak cadangkan kat korang tgk same2 ngan ak k...ala..tgk arr jgk, best tau...ak bg 5 bintang..!!!

**satu lg..ak suke sgt tgkJue Aziz dlm cite tue..cantikkan rambut dia..cantik..cantik.. nak rambut cam2..nak....rambut yg panjang..lembut..beralun...


Nie arr Jue Aziz..cantikkan...

ala cntiknye rambut dia...


hahahha..klu ak yg kayuh basikal nie agaknye comey x????


~~ nie pulak lagu tema drama janji kekasih..jom dgr same2..~~

PadaMu ku Bersujud...

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff

Sunday, July 11, 2010

Malaysian Book Of Record..

15 Julai 2010 adalah hari yg bersejarah bg IPDA... semperna sambutan ulang tahun IPDA yg ke 20 thn dan hari guru... kami pelajar2 IPDA telah berganding bahu utk menyiapkan kad ucapan yg terbesar di M'sia..huhuhu..wpun ak xterlibat secare serius tp ak pun ade bg sumbangan tau... Alhamdlillah Kad tersebut dah melakar sejarah tersendiri apabila telah memecahkan rekod m'sia so..ape lg mesti arr tercatat dlm malaysian books of record k..Banggenye ak sebagai warga
IPDA...

Kad yg dihasilkan dikatakan sebagai cermin diri seorang guru yg sentiase berusah utk menjulang aspirasi negara..sesuai dgn tema hari guru pd thn ini iaitu..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..kad yg dihasilkan juga adalah kerjasama dr semua pihak melibatkan semua pelajar yg berbilang kaum..sambut seruan PM arr katekan..

1 Malaysia...
Rakyat didahulukan..pencapaian diutamankan....

Mempersembahkan.....kad ucapan terbesar....^_^

Time nie blh thn arr suspen...hahahahha (padahal dah tau pun...)
Suspen menunggu..hohoho xsbr menanti kehebatannye..!!

Kad ucapan terbesar yg akhirnya melakar sejarah....We Love IPG KDA...

Bukti Sejarah yg telah dilakar...hahahah


~Betul..ak xtipu..ak n 12 sekawan dah bertungkus lumus mencurah tenaga utk kad nie..xcy jom tgk bukti yg sahih lg xblh disangkal nie..huhuhuhu....~


Kami telah ditugaskan utk mewarne huruf iaitu pada perkataan SELAMAT HARI GURU..



ok...sekarang dah cykan..ak dah ckp..ak mmg ade wat jase utk kad nie..hahahaha..bangganye ak..
semoga IPDA akan terus maju dalam menghasilkan guru-guru yg berkualiti dan ak akan menjadi guru yang baik dan berupaya menjulang aspirasi negara...

~~who am i???? I am Cikgu Faizah..^_^ ~~

Tuesday, July 6, 2010

Suami dan 4 org isteri

ak terbaca kisah nie kat fb td..so ak nak share arr kat korg sume yg meybe xpenah bc lg...huhuhu..yg dh bc sile ke post yg lain k..

alkisahnya....
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang ist
eri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.


Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."


Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya
terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.


Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."


Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah
mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita
menyesal kemudian hari!!!



** abg, xblh ade yg kedua tau..xnak2..xrela..xsnggup.. tlg arr jgn nakal2..!!!
** jgn suke kat org lain tau.. xblh2...hehehhe



** syg abg.. ^_^ ~~

Monday, July 5, 2010

ABC

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ...
tp ak suke ABC lebih lg..hahahah..ak suke sgt mkn ABC..
1. ais yg dikisar halus,
2.dicampurkan dengan air gula,
3. kacang merah,
4.jagung,
5.susu...dan mcm2 lg arr..

sgt menyelerakan n mampu buat ak terliur..
tp bkn kuar air liur k..ingat ak nie bdk2 ke..
ala..nak mkn ABC hebat..nak2..
nak sgt..emm entah bile arr dpt mkn lg ABC hebat tue..
tp xpe nnt ak akan pg jugak mkn ABC hebat tue..
tunggu je arr..hahahha xsbr arr..










** suke sgt mkn ABC..nasib arr ak n kawan 2 slalu layan ABC abg bulat..nak kate hebat..blh thn arr hebat gak..ade sape2 nak belanje x?? tp ak nak mkn yg hebat tau...huhuhu....sedapnye..

Saturday, July 3, 2010

ak suke warne merah....

ehem..2..bnyk2 warne, korang suke warne ape??? bg ak ak suke warne merah & adik2 merah..sepupu merah pun blh gak arr..yg penting ade kene mengena ngan warna merah....muhahahaha..ak pun xtau ape je yg ak tgk..klu ade unsur2 merah mesti ak bekenan tau...warne biru n hijau ak suke jgk tau..

jom tgk kegilaan ak nie same2...


Nie cover laptop ak..dulu warne pink nie tp skrg ak dah tukar cm kat atas tue.. ha nmpak lg bergayekan..hahahha ak tau..

nie slh satu buku kesygn ak..buku nie ak yg beli tp org lain byr..
hahahah time ksh ye utk buke nie..
slh satu sbb ak beli buku nie sbb cover buku nie cntkkan..ak suke..


say hai tue kak jie..hahaha dia nie arr peneman ak time tido..
comeykan dia..klu xde dia nie ssh gak ak nak lelap tau ( poyo je)
tp ak nak beli kwn utk kak jie...
nnt arr klu jumpe yg bekenan..

hahaha..seliparku yg amat ak suke..cntk2..
jauh ak beli nie kat Port Dickson tau..
coraknye amat menarik n unik arr..



nie kasut yg br ak beli..sekali nmpk terus bekenan tau..
ape lg alang2 dah suke ak beli arr..
xbeli nnt temimpi2 pulak...hahahah..comeykan???


.jam keramat ak nie..yeke??
jam nie ayah yg belikan mase ak mule2 daftar kat ipda..
lame dah jam nie..leh buat pusake..
ape pun nice colour k...!!


ak suka mkn m&n..
hahah..ade mcm2 warne..
kuning, hijau, biru, oren..yg penting ade warne MERAH...muahahaha
I love m&n ..^_^


tembikai..xblh arr tgk mmg xthn..suke2..sedapnye..manis..
tembikai..^_^!!!!
time kasih sbb sudi kene mkn..hahahaha


ABC yg mmg ak xblh nak lepaskan..tolong arr jgn pergi....
i want more...!! i want more!!

time ksh ayah sbb bg loan kat akk utk akk beli motor nie..
hahahha ak beli motor nie cash tau, RM 4813 ..
bkn nak belagak tp saje je nak bgtau n share je..

hehehe skali tgk terus bekenan n beli je arr..cntk x motor ak nie???
emm..ak nak simpan motor nie buat harte pusake..hhahahha..
**abg nnt kite blh naik motor nie same2 keliling kampung k..
^_^ **
**~~ hehehe..ade byk lg gmbr brg2 ak yg warne merah tp ak xlarat arr nak upload...
baju2 ak byk tau warne merah..nnt ade mase ak nak menunjuk arr kat korang sume..
hahahha ape pun ak suke sgt warne merah...korang pun setujukan klu ak kate warne merah mmg cntik n sgt menarik..Faizah suke warne merah.. but i love u more!! ~~
** xpe2 ak akan kumpul lg byk2 brg warne merah..suke sgt..suke2..
** jgn lupe utk meyokong..peminat2 warne merah k....
** ak syg korang sume..

Thursday, July 1, 2010

Khamis 1 Julai..

Hari ni bermula dengan cukup indah..seperti hari-hari biase ak berusaha utk menjadikan hari ini lebih baik drpd semalam...alahmdulillah semuanye berjalan dengan baik..segala aktiviti harian berjln lancar kecuali berlaku hal2 yg ak rasekan mmg xptt berlaku...

1. dalam kelas, kwn2 ak punye arr gelak cm nak pecah perut sbb lec buat lawak tp ak blh pulak membute kat blkg..hahahahah...ak mmg xberubah.tabiat tido dlm kelas nie mmg ssh btl nak hakis..cmne arr student2 ak nnt. hope diorg xjd cm ak nie...suke tido dlm kelas..ahakss..

2. tapak kasut ak blh pulak tecabut..adoi..mmg xpadan, dah pakai cntik2 tetibe tapak kasut spoil pulak..geram betul. ak tepakse arr jln menyeret skit..ye arr klu x cmne ak nak jln,xkan nak kaki ayam pulak..oohh..tidak..!!!

3. ak mkn udang..heheheh..saje nak crk pasal. abis gatal bdn ak nie, adoi bkn ak nak mengatal tp nak wat mne..sendiri mkn, so sendiri garu k..hahahahaha..utk mengelak drpd garu2 so ak tido je arr..mmg nyenyak sgt tau ak tido..tambh2 hujan lebat...nyaman...

4.hujan turun dgn lebat..ak, linda, Ton n Dodi dan plan nak pg tgk wayang..ak xde arr minat sgt tp ak dah janji so ak ok je arr..kami nak pg tgk cite zoo..mslhnye skrg, cmne kami nk pg??? hujan lebat sgt2..klu xmengenangkan tiket yg dah beli, xkuase kami nak pg tau..nasib arr ade faiq yg sudi pinjamkan kete n anas yg sudi jd driver..hahahahah thanks bro..korg arr penyelamat kami.. cite zoo tue ok ar..kelakar jgk..ak bg 4 bintang tk filem tue..

5. utk dinner ingat nak mkn chicken chop..heheheh t apekan daya kedai yg kami nak pg ttp pulak..xpe arr..kami pegi kedai lain..ak order kuew teow gorg n air limau suam..kedai tue mmg ssh mknan dia..tp tue arr layanan xbrape mesra..ak order segelas lg air..3 kali ak ckp kat bdk2 tp dia pekak agaknye..xfhm2..last ak pg sendiri kat tempat diorg wat air n order..tp still nak buat jgk air yg ak order..adoi..dah arr skit tekak ak nie..hati pun panas menunggu..ak pun cancel order n ajak arr kwn2 ak blk..gerammmm...

6. sblm blk umah ak n kwn2 pg arr jln2 kat pasar mlm dulu..ak dikejutkan dgn panggilan tel oleh linda..blh dia ckp dia n Dodi kene thn polis sbb beli DVD cetak rompak..ak n Ton pelik gak tp kami begegas arr pg kat diorg..rupenye Dodi tekejut tgk polis pun beli DVD...apa da Dodi..wat gempak je..hahahahah...ak igt nak beli DVD gak tp tue arr tunggu dulu arr..dlm pejlnan blk..kasut yg ak pakai putus pulak...adoi..sedihnye..mcm2 jd..

** alhamdulillah ak smpai umah dgn selamat...adoi..ak menggeleng kpala, rupenye bnyk lg keje yg blm ak setelkan, wat keje dulu...tp skrg sume dah setel..nie yg ak blh update blog ak nie..n cite ape yg belaku kat ak sepanjang hari ini...ak dah ngantuk..so ak nak tido dulu k.....***

Till back soon..............~~(^,^)