every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

saya perlu menjaga mata

kenapa kite perlu menjaga kesihatan mata?

1. mata adalah anugerah tuhan yang sangat berharga
2. kerosakan mata akan menyebabkan pelbagai masalah
3. kalau rabun bermasalah....byk kos tue..
4. mata yg xsihat akan menyukarkan penglihatan...
5. kalau rabun silau lg payah..
terutamanya ketika memandu, memandang skrin laptop, tv or hp..

**bagi ak seorang yang berkaca mata..
adalah sangat perlu dan penting utk menjaga mata..
kenapa ak ckp cm2??
sebab...hari demi hari ak power utk spek ak makin tinggi..

Julai 2010- Mata kiri: rabun-75, silau -150
Mata kanan: rabun 150, silau -150
Februari 2011- Mata Kiri: rabun -75, silau-150
Mata kanan: rabun-75, silau -200

** bile power semakin meningkat, mate pun cpt letih, kepala jd selalu pening....
**teringin gak nak pakai contact lens..tp melihat kosnye..sgt rugi...
oleh kerana silau sgt tinggi dan tlh melebihi 200,
maka lens utk ak adalah sgt khas.
.cm2 gak dgn kos cermin mata ak..
**istimewa arr sgt..terharunya ak..hahahh

-------------pesanan utk semua------------

SAYANGI MATA ANDA...!!

**penyelesaian utk mslah ak.....

1. minum byk jus lobak merah
2.jgn terlalu lama tgk skrin laptop, tv n hp
3.kalau drive mlm, pandang je arr line tepi
4.tido awal k.


Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

selamat menyambut maulidur rasul 1432 H....

Di hari yg berbahagia dan mulia ini marilah same2 kite memperbanykkan
selawat ke atas nabi junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W.


آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ



...................................................................

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata mengingati Rasulullah dan Sirah baginda merupakan sesuatu yang wajar bagi semua umat Islam yang seharusnya mengingati Rasulullah sebagai Qudwah kepada umat Islam.

Menurutnya, Qudwah bermaksud contoh ikutan yang menjadi ikutan masyarakat.

Namun begitu, bagi beliau, masyarakat hari ini sudah jauh daripada konsep Qudwah yang perlu dipegang.

“Masyarakat hari ini lebih memegang konsep diva, idola dan sebagainya. Bagi mereka konsep Qudwah ini sudah terlalu ketinggalan zaman padahal konsep silam itu penting,” jelasnya.

Sidek berkata, generasi muda kini sudah dilalaikan dengan budaya popular yang menyimpang daripada sirah Rasulullah.“Apakah perbuatan yang dilakukan hari ini sama dengan apa yang dilakukan di zaman Rasulullah atau kita hanya mengambil sikap membenci kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita,” soal beliau.

Mengulas lanjut, Sidek berkata, masyarakat hari ini lebih mengenali dan meraikan sambutan Valentine daripada sambutan Maulidur Rasul yang kurang diingati oleh umat Islam.

Menurutnya, tidak semua dikalangan kita datang daripada keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

“Kita sebagai pendakwah seharusnya memainkan peranan mendekatkan diri dengan mereka yang kurang pendidikan agama ini agar dapat membentuk kembali akhlak mereka selaras dengan sunah Rasulullah.

“Pelancaran Maulidur Rasul ini harus disusuli dengan semangat kecintaan kepada Allah dan Rasulullah agar sambutannya tidak menjadi satu ritual semata-mata,


**kesimpulannya...sambutan Mulidur rasul perlulah difahami

dan di selami dengan sepenuhnya..

** bersama-samalah kite memberbayakkan selawat ke atas nabi...

** akhir kalam...

SALAM MAULIDUR RASUL KPD SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT...


Tarikh keramat 14 Februari

14 Februari.....

hehehhe..tarikh yg amat bermakna bg sesetengah orang..
kenape agaknye ye..???
ramai menganggap hari nie merupakan hari utk berkasih SAYANG..btl ke??
entah arr..
walau ape pun alasannye, kite sebagai umat Islam perlu sedar bahawa adalah
menyambut
Valentine's Day adalah HARAM..!!!

kebiasaanya pada hari nie.........

" pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya".
adoi...tolong arr " Biar derma DARAH..tp jgn derma DARA"...

Rasanya dah tersebar luas kenape kite sebagai umat Islam Perlu Menolak utk menyambut Valentine"s Day nie..so, ak harap semua boleh FAHAM...!!

Bagi mengelak sebarang keraguan, meh sama2 kite baca & cuba fahami k...

"Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".

Nak berkasih sayang??
Nak bercinta??
Nak bertukar-tukar hadiah??
Nak pakai baju yang cantik2??
Nak Makan coklat??
Nak Bunga ros merah??
Nak..nak..nak....ape2 arr....

Bila2 pun blh, bg ak, setiap hari adalah hari utk Berkasih Sayang..
xpayah arr tunggu 14 februari...

walau ape pun..berkasih sayanglah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan
oleh Islam,....






Love U all.......

Sunday, February 13, 2011

nasihat sy

assalammualaikum semua & salam satu malaysia..

dikesempatan yg ade ni, ak nk beri nasihat kepada semua terutamanya diri ak sendiri supaya...

1.JGN TANGGUHKAN KERJA.....!!!!
2. JGN BUANG MASA DENGAN HAL2 YG XBERFAEDAH..
3. DON'T JUST TALK, SHOW IT AND PROVE IT.....
4. BEREHAT BILE ADA KESEMPATAN.
5. HARGAI SEGALANYA BILE PUNYA SEGALANYA....
6. JGN PUTUS ASA...!!

* disebabkan tuntutan kerja yg sgt mendesak, ak akhir post kali nie dengan ucapan..wassalam...**

Friday, February 11, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??


HIDUP BERJADUAL


Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?


**terima kasih kepada HAnif KHair on Sunday, February 6, 2011 at 12:02pm

** saya terasa agak kembang n berbesar hati di sini..terima ksh k..

** ewah2 cm promote diri pulak rasenye..xde2 sekadar untuk berkongsi je k...rasenye kerjayaan lain pun ok je..ape yg penting halal..