every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 27, 2012

Perkara Sunat di hari Jumaat

Assalammualaikum......

Begitu cepat masa berlalu, 
insya-allah esok kita sekali lagi akan bertemu
 dengan hari penuh dengan kemuliaan dan rahmat iaitu
  Hari Jumaat .
Rase xsabar pulak xtunggu esok..
Mlm nie nak kongsi skit,
sunat-sunat yang boleh dilakukan pada Hari Jumaat.
ii
ii
ii
ii
V

1. Mandi sunat Hari Jumaat.. ( jgn lupe niat time mandi tue ye)
2. Membuang/mencabut/mencukur bulu yang ade pada badan. 
( hehehe yg diketiak dan termasuklah yg kat bawah tue)
3. Memakai pakaian yang baru dan bersih
4. Memakai pakaian yang berwarna putih.
5. Memotong kuku kaki dan kuku tangan
6. Berselawat ke atas nabi junjungan Muhammad SAW.
7. Bagi lelaki bersegera ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Bersama-samalah kite berlumba-lumba mendapatkan pahala 
dihari yang penuh keberkatan ini.
Sesungguhnya Hari Jumaat ialah hari yang dipilih oleh Allah SWT.


***sumber dipetik drpd rancangan 30 minit ustaz don***




Wednesday, December 26, 2012

Nasi Lemak


Nasi Lemak Ibunda  


Hari nie cuaca mendung je...
mkn nasi lemak panas2 pun syok jgkkan..
hehehe, hari ni nak share skit
 bahan2 dan langkah2 nak buat nasi lemak nie
kalau rajin blh buat sendiri, kot mls...
sila ke kedai yg berhampiran untuk mendapatkannya ye..

^^
^^
^^
V


Bahan-bahan

   (A) Nasi  -  beras, santan, halia, daun pandan, garam
       (B) Sambal - minyak masak, ikan bilis, bawang merah & bawang putih, 
cili kisar, gula, garam, asam keping,sedikit air

Langkah Penyediaan

(A) -basuh beras dan masukkan santan. 
sukatan adalah sama macam nak masak nasi biasa. 
-Masukkan halia yg telah dicincang halus ,
 daun pandan dan masukkan sedikit garam.
- kacau nasi agar santan dan semua 
bahan-bahan sebati semasa memasak.


(B)- goreng ikan bilis terlebih dahulu. 
-tumiskan bawang merah & bawang putih 
yang telah dikisar halus 
dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
-Masukkan cili kisar, dan kacau seketika.
-masukkan sedikit air, asam keping, 
garam dan gula secukup rasa.
-renehkan sehimgga sambal pekat.



*****sedia di makan bersama ayam goreng, 
telur rebus, timun & kacang.*****

SELAMAT MENCUBA

Monday, December 24, 2012

muhasabah diri di petang hari..

Sungguh segar, nyaman, mendamaikan dan
 ........................... sungguh sejuk.
Bulan Disember hampir melabuhkan tirainya.
 Musim hujan masih lagi berlarut.
Beberapa buah daerah bagi negeri di utara &selatan;
 pantai timur telah pun ditenggelami air..
Sesungguhnya Allah ingin menguji.. 
Sesungguhnya hujan itu adalah rahmat yang sungguh bernilai dan seharusnya disyukuri..
 Alhamdulillah kita masih bernafas dan boleh terus menikmati nikmat kurnian Allah.
Walau apa pun rintangan yang mendatang, 
diharap kita dapat berfikir dengan sewajarnya 
bagi mencari penyelesaian.. 
Percayalah kepada qada dan qadar Allah...
 Semoga kite sentiasa berada di dalam keredhaan..