every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 4, 2014

latihan memberus gigi

Hari jumaat yang lalu..telah diadakan latihan memberus gigi untuk anak-anak syurga di sek saya.. nmpk semangat semua sbb dapat berus gigi dan ubat gigi baru..




akhirnya cikgu jgk yg menang selfie

waffle rangup

Hello November...

Msk je bln november..mood bekerja terus betukar kepada mood bercuti..huhuhu

Xpe arr lupekan dulu pasal cuti..arinie nak share resepi mudah cara buat tepung waffle..huhuhh..dr beli baik buat sendiri..☺ jimat..&dpt mkn byk..

Resepi tepung waffle

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 sudu mauripan
1 sudu esen vanila
2 cawan susu ( low fat milk)
3 sudu butter (panaskan)
1 cawan air panas

Langkah penyediaan:

1. Masukkan semua bahan di dalam pengisar ( blender)
2. Sedia untuk dibakar...
yg pnting kene arr ade pembakar waffle..


Huhuhu..nie contoh waffle yg telah siap.
Sapu je dgn ape2 perisi kegemaran..
Pilihan i coklat..☺๐Ÿ˜Š

Selamat mencuba






Monday, October 6, 2014

Pesta layang-layang antarabangsa Bintulu

Sebenarnya last week we all p bintulu utk tgk pesta layang-layang. Dengar khabar meriah la sgt..alang2 dh ade dekat bumi borneo nie, we all pun amik ler kesempatan ke sana..
Sebelum layan gambar hebat kat sane..jom layan beberapa fakta tentang pesta nie..

1. Pesta layang-layang nie diadakan pada setiap tahun dan tahun 2014 adalah tahun ke 10 penganjurannya.
2. Pesta diadakan di lapangan terbang lama Bintulu
3. Pesta ini disertai oleh peserta daripada lapisan masyarakat termasuklah daripada luar negara.
4. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang pesta berlangsung.
5. We all sakan begambar ala2 model smpai xhingat dunia..huhuhi☺

#$+$£¥₩€ Jom layan gambar-gambar gojes yang sempat diambil+×#$&€£₩











Kami jgk berkesempatan jumpe & begambar dengan abg besi..


Ape mcm?? Hero dunia nie..huwahahah.. ape pun best sgt pesta nie walaupun muke jadi sehitam buntut kuali akibat bejemur.. 


Sunday, October 5, 2014

Aidiladha & resepi rendang ayam

Salam ahad & salam Aidiladha..

Thn ni..same spt thn sblm nie,
raya diperantauan..
Alhamdulillah kemeriahannya tetap terasa beraya bersama kawan- kawan seperjuangan..
Diharap aidiladha pada tahun ini akan lebih membawa keinsafan dan kefahaman tentang erti sebuah pengorbanan.
Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bertakwa..☺☺☺




๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ kali nie nk share resepi
rendang ayam...

Bahan:

1ekor ayam
3biji bawang besar*
1labu bawang putih*
2inci halia*
1inci lengkuas*
2inci kunyit hidup*
15tangkai cili kering*
Santan (guna santan kotak)
5tangkai serai*
Kerisik
Minyak
Garam
Daun kunyit
Daun limau purut

Kisar bahan bertanda*

Langkah penyediaan:

1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau dan garing. Masukkn sedikit garam.
2. Setelah naik bau mskkn ayam dan kerisik.
3. Setelah itu masukkan daun kunyit dan daun limau purut ( jgn lupe hiris halus)
4. Masukkan santan.
5. Renih seketika dengan api sederhana. Sentiasa kacau untuk elak melekat.
6. Bile agak dah kering boleh tutup api.
7. Sedia untuk dihidang.

Huhuhu..nmpk hebatkn๐Ÿ˜›�๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›





Monday, August 18, 2014

Roti Jala hebat

mood malam nie nak makan roti jala..
alhamdulillah setelah hampir sejam menjala
maka siap la hidangan untuk makan malam..
syukur..

 resepi roti jala nie sgt mudah, 
semudah a..b..c..


Roti Jala Hebat

2 cawan tepung
1 biji telur
1 sb garam
6 sb minyak
1 sk pewarna kuning
    air ( agak-agak cukup utk adunan tue cair)

** masukkan semua bahan ke dalam blender, setelah sebati rehatkan adunan sebentar.
     panaskan kuali, & mula menjala...hehehhe
    ( pastikan kuali yang digunakan adalah jenis non stick br senang nk gulung td )

Sardin Bersama Kentang

1 biji bawang besar ( potong dadu)
2 biji kentang           (potong dadu)
6 tangkai cili kering (kisar halus)
1sb garam
1 tin sardin sederhana besar ( lenyekkan sehingga hancur)
1 sb asam jawa
1 cwn air

** tumis cili dan bawang sehingga naik bau, mskkan air dan kentang..
     setelah kentang empuk, mskkn sardin, garam dan asam jawa.



mula menjala...
**semasa menjala, rendahkan acuan dan bentukkan dengan perlahan


 llll
llll
lll
llll
llll
V

jadi ini la hasilnya...


ROTI JALA HEBAT & SARDIN BERSAMA KENTANG





****huhuhu, saya sbnrnye cewi ada kuali ajaib, itu pasal byk rajin..

Saturday, February 22, 2014

Kelas 2 Bestari 2014

Salam Sabtu..

hai semua, akibat demam hari ni br ade mase nak mengupdate
gambar murid kelas 2 bestari
 Calon ahli syurga aka buah hati cikgu

 sayalah guru kelas
 
iiii
iiii
iiii
iiii
V


dari depan Jones, Adrian, Cikgu, Dexter,Maxces
dari belakang Christopher, Danielle, Vannesia


** setelah hampir 10 kali mencube, dapat jugak amik gambar 
dgn gaya yang jelas dan senonoh hehehe..**

 



semangat & sopan semua makan.. 
alhamdulillah , habis semua makanan yang di hidangkan