every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 26, 2012

Nasi Lemak


Nasi Lemak Ibunda  


Hari nie cuaca mendung je...
mkn nasi lemak panas2 pun syok jgkkan..
hehehe, hari ni nak share skit
 bahan2 dan langkah2 nak buat nasi lemak nie
kalau rajin blh buat sendiri, kot mls...
sila ke kedai yg berhampiran untuk mendapatkannya ye..

^^
^^
^^
V


Bahan-bahan

   (A) Nasi  -  beras, santan, halia, daun pandan, garam
       (B) Sambal - minyak masak, ikan bilis, bawang merah & bawang putih, 
cili kisar, gula, garam, asam keping,sedikit air

Langkah Penyediaan

(A) -basuh beras dan masukkan santan. 
sukatan adalah sama macam nak masak nasi biasa. 
-Masukkan halia yg telah dicincang halus ,
 daun pandan dan masukkan sedikit garam.
- kacau nasi agar santan dan semua 
bahan-bahan sebati semasa memasak.


(B)- goreng ikan bilis terlebih dahulu. 
-tumiskan bawang merah & bawang putih 
yang telah dikisar halus 
dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
-Masukkan cili kisar, dan kacau seketika.
-masukkan sedikit air, asam keping, 
garam dan gula secukup rasa.
-renehkan sehimgga sambal pekat.



*****sedia di makan bersama ayam goreng, 
telur rebus, timun & kacang.*****

SELAMAT MENCUBA

No comments: