every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 11, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa..


Hari nie 16 Mei 2010..
suatu tarikh yg amat dinantikan oleh seluruh warga pendidik..
bkn ape hari ni merupakan HARI GURU..
sebagai seorang bakal guru,,ak berasa amat gembira dan begitu terharu apabila sesekali org mengucapkan kepadaku..selamat hari guru cikgu Faizah...
hahaha..xsangke btl..ak nie btl ke cikgu??? em..entah arr..rase br semalam ak tinggalkan sek..
kini..ak adalah salah seorang pelatih di institut pendidikan guru yg bakal bersama-sama mengembeling tenaga mencorakkan anak bangsa ke arah Cemerlang..Gemilang..dan Terbilang..

Pada hari ini..saya NOOR FAIZAH BT MOHD RAZALI..berasa amat bangga utk menyatakan bahawa..saya adalah seorang GURU...!!!

Di sini ada info yg ingin ak kongsikan … setiap tahun tema yg berlainan dipilih sebagai Tema Hari Guru.. jika pada tahun 2008 tema yang dipilih ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala pada tahun 2009 dan ini pula tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan.. hoho berikut pula ialah tema Hari Guru sepanjang 10 tahun dari 1999-2010

  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

** kat bawah nie pulak adalah lirik lagu bg tema hari guru utk thn nie k...hope sume org akan dapat menghayatinya......sbnrnye ak nak upload video lg nie tp lmbat sgt..xlarat arr nak tunggu..hehehehe***

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi





**Ni adalah diantara gamabr2 sepanjang ak pergi ke sek... Jom tgk same2...**



Sunday, May 9, 2010

ak xtau...!!!

Hari nie..tetiba2 ak terdgr pasal "dia".. ak ingat ak dah ok...ak fkr ak dah blh time...
tp kenapa??? kenapa??? dia sentiasa bermain di fikiranku..suara dan kata2nya seakan terngiang-ngiang di telingaku... ak diam tanpa kata.
sesungguhnya ak amat mengingatinya..
sungguh dalam luka yg ditinggalkan..
ak cuba melupakannya tp kenapa ye ak asyik teringat pada kata2 dan janjinya utk kami bahagia selamanya????
ak xsangka janji yg ditaburkan tp kepedihan yg ak rasakan..
ak sungguh xmenyangka... ak tau..ak sedar..
diriku kini xmemberi makna apa2..
bahagiakan dia??? adakah dia gembira???? siapakah wanita2???
bila ak terfikir tentangnya..ak berasa sungguh cemburu..ak tau ak xptt tp entah arr....
Kini..ak betul2 berharap agar ingatanku tentang dia akan ditarik dan hilang selamanya.. pergi...!!!! pergi....!!!! walaupun manis tp terlampau pahit utk ak kenangkan...
malu utk ak nyatakan... Bodohkah ak????
ak rindu segala-galanya tentang "dia"!!!.. segala-galanya............!!!!!!

Saturday, May 8, 2010

pembuka minda




9 Tips menjadi wanita cantik

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan
pandangan) sebagai celak bag...i kedua belah alis
mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian
akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran

(alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH,
ukiran senyuman kalian akan bertambah manis
dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik
yang berasaskan malu dan keadaban.
InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian
biaskan itu akan menyejukkan mata yang
memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk
anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa
mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang
telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab
ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul
jasad sang hawa daripada menjadi mangsa
kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan

keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian
dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian
dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH,
kelak kalian akan temui warga Sholihin yang
nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara

kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah.
InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan

penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh
kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan
makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan

ketulusan dalam menunaikan solat dan
pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH,
takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau
keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam
mencari keredhoan-NYA.


9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ila
ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian.
InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai
ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan
dalam kehidupan.


Semuga bermanfaat bagi kita semua,terutama kepada wanita muslimah,,amin,

(sumber:group mencari hidayah)




** semoga ak akan menjadi wanita yang solehan..Bahagia di dunia dan juga di akhirat....

Saturday, May 1, 2010

"pergilah air mata"


telah lame ak memandangnya...ak melirik padanya..
ak mula berfikir & tertanya-tanya..
pelbagai persoalan yg timbul di benakku... patutkah ak???
emm..ak terus berfikir utk mendapatkan jawapan..
akhirnya ak biarkan segala persoalan tanpa sebarang jawapan...
akhirnya semalam..akhirnya ak telah mendapatkan jawapannya..
ak kumpulkan semua kekuatanku utk mula membaca...
setiap bait2 perkataan yg telah dicatatkan di dalam novel
"Pergilah air Mata".

**Bkn ak tidak mahu membaca tp ak mempunyai tabiat
yg ak xkan berhenti membaca sehingga ak menghabiskannya..
(tu yg ak mls nak bc novel nie...)




JoM ak ceritakan serba sedikit sinopsis novel nie ye..

Sabrina seorang gadis yg sederhana bercinta dgn Ikmal seorg lelaki yg amat mencintainya..Maria pula adalah sahabatnya yg sentiasa ada utk mendengar segala rintihannya.. namun sesuatu yg tidak diduga..Sabrina telah ditangkap basah bersama seorg lelaki yg tidak dikenalinya..Ya Badrul seorang lelaki yg amat membenci Sabrina kerana dia menjangka Sabrina sengaja mahu memerangkapnya. Badrul sah menjadi suami kepada Sabrina..perkahwinnya yg dilalui dengan lenangan air mata, perasaan sayu dan duka kerana Ikmal menuduhnya berlaku curang tanpa mendengar sebarang penjelasan. Dia juga diberi kata dua oleh majikannya samada diberhentikan atau berhenti secara rela.. dia pasrah.. Kini Maria menganbil tugasnya di pejabat dan menggantikan tempatnya sebagai tunangan Ikmal bg menjaga maruah dan aib keluarga ikmal...

Badrul..lelaki yg kini amat membencinya.. menyalahkannya atas segalanya.. sabrina pasrah apabila lelaki itu tekad utk mengahwini Dayana kekasih yang amat dicintainya.. dia rela atas segalanya kerana bgnya, hubungannya dengan Badrul hanya sementara... haknya sebagai isteri pertama telah dinafikan..dia rela dan redha atas segalanya...

sikap Dayana yg amat mementingan kerjaya berbanding sabrina yg amat patuh telah mencuri perhatian dan kasih badrul. Kini kasih Badrul telah tertumpah kepada Sabrina.... Badrul tekad meninggalkan Dayana apabila dia tekad utk memilih kerjaya daripada perkahwinannya bersama Badrul.. Badrul yakin Sabrina adalah cinta hatinya... kini Sabrina adalah segalanya..buat hati & kesayangannya...

ak lupe nak bgtau..rupenya Mariala yg menjadi punca segalanya..dia merancang Sabrina ditangkap basah.. bkn dgn Badrul tetapi dengan Iskandar, seorang lelaki mata keranjang... semuanya gara2 cintanya yg mendalam pd Ikmal dan perasaan cmburunya kepada Sabrina.. oh sungguh xdisangka..sahabat yg amat diharapkan menjadi racun utk segalanya.....




** ak abis membaca novel nie dalam masa kira2 10 jam.... hahahhaha akhirnya..
** ketika membaca, tumpuanku seringkali hilang tiba2..Sikap Badrul yg ade pasang dan surutnya..sentiasa berubah telah mengingatkan ak kpd..............
**sikap Badrul yg penyayang & amat sukar dijangke menganggu pembacaanku..sungguh sukar utk ak...
** adakah ak dpt menjadi setabah yg ak harapkan....
sungguh berat rasenye beban perasaan yg terpaksa ku tanggung.............





xsalahkan nak berdoa & berharap




** ak inginkan bahagia...pergilah kau wahai sensara..pergi bersama air mata...!!!!!!