every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 11, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa..


Hari nie 16 Mei 2010..
suatu tarikh yg amat dinantikan oleh seluruh warga pendidik..
bkn ape hari ni merupakan HARI GURU..
sebagai seorang bakal guru,,ak berasa amat gembira dan begitu terharu apabila sesekali org mengucapkan kepadaku..selamat hari guru cikgu Faizah...
hahaha..xsangke btl..ak nie btl ke cikgu??? em..entah arr..rase br semalam ak tinggalkan sek..
kini..ak adalah salah seorang pelatih di institut pendidikan guru yg bakal bersama-sama mengembeling tenaga mencorakkan anak bangsa ke arah Cemerlang..Gemilang..dan Terbilang..

Pada hari ini..saya NOOR FAIZAH BT MOHD RAZALI..berasa amat bangga utk menyatakan bahawa..saya adalah seorang GURU...!!!

Di sini ada info yg ingin ak kongsikan … setiap tahun tema yg berlainan dipilih sebagai Tema Hari Guru.. jika pada tahun 2008 tema yang dipilih ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala pada tahun 2009 dan ini pula tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan.. hoho berikut pula ialah tema Hari Guru sepanjang 10 tahun dari 1999-2010

  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

** kat bawah nie pulak adalah lirik lagu bg tema hari guru utk thn nie k...hope sume org akan dapat menghayatinya......sbnrnye ak nak upload video lg nie tp lmbat sgt..xlarat arr nak tunggu..hehehehe***

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi





**Ni adalah diantara gamabr2 sepanjang ak pergi ke sek... Jom tgk same2...**



No comments: