every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27, 2010

Membaca al fatihah dengan betul

***tetiba ak terbaca salah satu note di fb yg ak rassekan agak menarik n kita sebagai umat islam perlu peka dan prihatin terhadap masalah nie..so..jom same2 kite bc..kwn2 jgn skip2 tau..bc sampai habis...!!!

SILAP MENYEBUT HURUF

DALAM AL- FATIHAH..,

KITA MENYEBUT NAMA SYAITAN;


Mungkin sesetengah orang menganggap Surah Al-Fatihah adalah perkara yang remeh.Tetapi sesungguhnya,demi Allah,jika kita tersilap sebut akan membawa kepada maksud yang lain. Hati-hati! Maksud yang lain di sini adalah bermaksud membawa kepada kita menyebut nama-nama syaitan yang terkutuk!


NAMA-NAMA SYAITAN(nama yang tulisannya ditebalkan)

1.DULILAH (bila dibaca tanpa sabdu/syaddah pada huruf 'LAM') sepatutnyaDULILLAH

2.HIRROB (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'RO') sepatutnya HIROB

3.KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'YA') sepatutnya KIYAU

4.KANNAK (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'NUN') sepatutnya KANAK

5.IYA (bila dibaca tanpa sabdu/syaddah pada huruf 'YA') sepatutnya IYYA

6.KANNAS (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'NUN') sepatutnya KANAS

PERLU DIAMBIL PERHATIAN! - BOLEH MURTAD TANPA KITA SEDARI !!!

Pada ayat ke-5,jika dibaca dengan " iya kanak budu wa iya kanas ta 'in "

membawa maksud : KepadaMU MATAHARI kami SEMBAH

-(jika membaca IYA,tidak membaca IYYA-IYYA adalah bacaan yang betul)

-IYA membawa maksud MATAHARI,jika membaca IYYA,KepadaMu Allah kami sembah

Pada ayat ke-5 juga,jika membaca "....wa iyya kanus ta 'in "

membawa maksud : dan kepadaMu ALLAH kami INGKAR

-Jika dibaca IYYA kepada IYA juga membawa maksud MATAHARI .

Contohnya : ".....wa iya kanas ta 'in" bermaksud - " .... dan kepadaMu MATAHARI Kami meminta PERTOLONGAN "

-Jika membaca " ....wa iya kanus ta 'in " bermaksud - " .....dan kepadaMU MATAHARI kami INGKAR "

-KANUS membawa maksud kami INGKAR

-bacaan yang betul KANAS - membawa maksud "Kami meminta pertolongan"

-bacaan yang salah : KANUS-INGKAR , KANNAS-NAMA SYAITAN

<<>>

7.SIROTHOLLAZI.....seeloknya dibaca dengan satu nafas adalah lebih baik.Jika nafas pendek,boleh berhenti tetapi boleh berhenti pada SIROTHOLLAZI NA AN AM TA ALAIHIM...pas2 sambung sampai AAAMIIIN

8.Pada ayat "SIROTHOLLAZI NA AN AM TA ALAIHIM"-Ramai orang silap membaca pada ayat ini...Ada yang membaca :

-Sirothollazi NA AM AM-Jangan gelak!ada orang yang buat!

-Sirothollazi NA AM AN

-Sirothollazi NA AN AN

"GHAIRIL MAGHDHU BI ALAIHIM WALADHOOOLLIN"-Ramai yang membaca :

-Waladhooolin (huruf 'DHO' dan Huruf 'LAM' Tidak disyaddahkan/sabdu-tidak membawa maksud yang lain tetapi salah dari hukum TAJWID)


Bacaan yang betul Surah Al-Fatihah :

1.BISMILLAH HIRROH MAANIRROHIM

2.ALHAMDULILLAH HIROBBIL 'AALAMIN

3.ARROHMAANIRROHIM

4.MAALIKIYAU MIDDIN

5.IYYA KANAK BUDU WA IYYA KANAS TA'IN

6.IHDINASHIROOTHOL MUSTAQIM

7.SIROOTHOLLADZI NA AN AM TA'ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHU BI 'ALAIHIM WALADHOOOOOLLLLINNNNN


Semoga info di atas dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa..Untuk lebih info,tanyalah Ustaz/Ustazah yang mengajar Tajwid di kawasan anda.Perlu ingat SOLAT KITA SAH JIKA AL-FATIHAH KITA SAH...Kalau Al-Fatihah tunggang-langgang,solat kita berkemungkinan tidak sah.Semoga kita dapat mengambil iktibar.Wallahu A'lam...



BY:Ahmad syafiq Al Azahri


around the coner



exam akan bermula beberapa hari je lg..ak masih cmnie jgk...
bilelah nak start enjin utk menelaah nie???
adoi..bile kemalasan melanda diri, buat apa pun sume serba xkena...
tp bila bab tido, makan, tk tv, besembang..xmls pulak...pelik betul rasanya...

peringatan utk ak & semua kawan2....

1. exam is around the coner.....


study awal...bersedia awal.....

2. berusaha utk menghindari sifat mls...

3. sentiasa berusaha untuk menerangkan hati...


4.mula kembali bertaut kasih dgn kekasih on off ku....
( buku2 n nota2 yg amat ku kasihi)


5. jgn main2....

6. berdoa banyk2 supaya dapat jwb exam dengan baik
dan dapat keputusan yg cemerlang..amin

dapat berita gembira..
jgn lupe utk bersyukur kepada ALLAH yg maha esa...



~gud luck kepada semua yg bakal menduduki peperiksaan...
~buat yg terbaik ye..." you can do it, just trust yourself"
~semoga dapat keputusan semua "A+"
~GOOD LUCK FAIZAH~


DIET

Diet Rasulullah

Sunnah on Thursday, May 6, 2010 at 4:01am
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

** dulu xtau tp skrg dah tau..so better jgn buat2 xtau...bersama-sama kita menjalani cara hidup sihat....
** semoga kehidupan kita akan sentiasa diredhai dan dirahmati allah sentiasa......

Tuesday, October 26, 2010

Biasa

hehehh...mlm yg sungguh biasa2...
cm biasa2 je ak dgn gelagat rakan2 yg sungguh luar biasa...
mkn mlm yg agak biasa juga..
perasaan yg biasa2 je...

kini, hanya melihat rakan2 ak yg ligat menaip pose yg biase2..
welcome our new bloggers girls...heheheheh
perasaan yg biase2 mengundang, pertanyaan yg terbiasa...
perlukah???
yg biasa selalunya sederhana...benarkah begitu??
biarlah menjadi insan yg biasa2 je...
maklum kita ni hanya insan yg biasa.....
insan yg xsempurna dan serba kekurangan..

so, biarlah apa yg org nak kata..w'pun luar biasa...
ak akan wat biasa je...
kita semua sama..
semuanya hanya insan biasa.......

saya suke..

perasaan ak skrg????
suke? gembira? seronok? puas?
entah ar..xkesah arr ape pun....
apa yg penting sgt haus...nak minum air byk2..hahahahah
kpd yg berkenaan...ak mintak maaf sgt2 ye....
xniat ape2 pun..tp lumrah dunia..." siapa yg mkn cili dia yg terasa pedasnya"...
ak xmkn pun..just bg org lain mkn je..hahahaha....

Monday, October 25, 2010

seHijau warna

Teknologi Hijau
( Green Technology )


hijau..hijau...hijau...warna hijau akan membuatkan ak teringat pada pelbagai perkara..sayur, pokok,
katak, rumput..mcm2 lg arr..so kat sini ak nak share skit ttg apa yg telah ak baca..jom same tmbh pengetahuan......

Definisi.......

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

● Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

● Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

● Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


Objektif........

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Kepentingan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan kita sebagai orang awam....

Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia.

Aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita.

Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang.

sumber: di edit skit2 dr http://pmr.penerangan.gov.my/

saya kata:

*** Oleh yang demikian, marilah kita semua agar sama-sama mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya...bkn sahaja dapat berjimat bahkan dapat membantu menjaga bumi kita yg semakit tenat keadaannya ini.....

** teknologi hijau membawa banyak manfaat dan keuntungan kepada kita sbagai pengguna...bile lg nak bejimat n kumpul duit byk2...hahahahah......

**hijau bukan sahaja menyejukkan mata..malah dapat menenangkan jiwa....

**marilah kita mendekati sesuatu yg dikenali sebagai"HIJAU"

~abg slalu ckp teknologi hijau..green technology..tp xpenah bgtau ape sbnrnye..itu buat sy tertanya-tanya..tnye en google lg baik..hahahhaha...~

~ ape pun sy dh fhm abg...time ksh...~

want to say it

Entah kenapa..tiba2 plak teringat pd sesuatu yg ak rasakan....
xptt utk dikenang& diingati...
Kenapa?????????????
hahahahhaa...ak rase BODOH sgt bile terkenangkan balik
setiap tindakan ak dulu..
"CINTA"..sesuatu ungkapan yang sukar untuk dimengertikan..senang diungkapkan tp sukar untuk dibuktikan....benarlah, ada yang berkata...
" lelaki ni mmg pandai bermain kate2"..
hahahha..skali ckp, rase dgr puisi & syair indah plak...yeke cm2???
tp kenapa...beribu janji diberikan...tp ssh btl nak tunaikan...klu dah xsuke, dengan sesuaka hati..senang hati...pg cm2 je..n ckp " minta maaf sgt2.., kita mmg xde jodoh!!".
cm2 je?? senangnya ckp..ingat ak nie..pompuan murah ke???
time nak dipujuk rayu...ble xnak..tinggal cm2 je....
mmg ak menangis....mengenangkn keBODOHan ak tue...
skrg ak dah fhm, mmg kami xde JODOH..n....

ingatan ak pada dia membuatkan ak bertambah

MELUAT->> MENYAMPAH->>RASA NK MENYUMPAH
->>NAK TEMUNTAH PUN ADA.....

kepada yg menggantikan ak..hope dia xkan buat perkara yg sama..maklum arr kasih syg niekan blh ditukar ganti, kadang kala blh juga di beli...jgn nnt senang2 je dia lempar ko kat tepi jln..maklum arr "habis manis, sepah dibuang".....ape pun hope korang bahagia arr dunia akhirat... amin.....
pada ak pulak...biarlah apa yg dah terjadi..dah terjadi..hidup perlu diteruskan..apa yang penting....

AK XKAN MENANGIS LG...AK XKAN MEMBAYAR HARGA KEGEMBIRAAN
SELAMA SEHARI DENGAN MENANGIS SELAMA SETAHUN.....AK XKAN........

kini ak dah ada pengganti.....ak percaya dia 100000x kali lebih baik....xkan tipu ak...xkan mrh2 ak....akn terima ak yg agak "comey" ni seadaya...insya-allah...ak akan jg "abg" yg sgt syg pdku.....ak akn percayakan dia, sebagaimana dia percayakan ak...ak akan sentiasa ada utknya di dalam ssh dan senang...ak n gembira selalo dengan abg......pada abg ak berjanji...xkan ulang kesilapan BODOH tue wat kali kedua... "don't want banana fruit two time" arr katakan ..hahahahahahaha...bak kata abg. " xblh 2X" ....


~~benarlah.....segala kejadian yg berlaku tue..ade hikmah disebaliknya...~~

** kepada dia..time ksh utk segala-galanya....utk perasaan suka..gembira..dihargai..diingati...disayangi...dirindui...disakiti 10x..dikhianati 10x...
utk sgala bantuan..dorongan...& perhatian..terima kasih sgt2..HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALASNYA,....sy dah xperlukannya lg..sbb sy dah ade yg lebih baik, lebih menyanyangi, lebih menerima, lebih merindui & lebih menghargai sy......^_^


~~terima kasih abg..you are always my "HaMra"...my beloved one...

** sori ye tepaksa baca post yg agak kacan skit...

Friday, October 22, 2010

Tembikai

Sangat suka makan tembikai..kenapa ye...??? Mungkin sbb tembikai warna merah kot...!! hahahha... Tembikai yg bulat..segar..merah menyala..mmg amat menyelerakan..siyes ak xthn....Sukenye......walaupun kadang2 harganye mencecah RM 2.50 per kg.....ak xkire..klu nak mkn, kene beli jgk..hahahah.....
En. Tembikai, rela x di makan oleh saya?? hahahahaha.....berani arr klu kate xrela...kene rela jgk....

Sebenarnya ak xamik kesah sgt ttg khasiat buah tembikai ni, tp alang2 ak dah tau.. so nak share arr skit tentang buah kegemaran ak nie....

Keistimewaan tembikai.

1. Kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
2. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
3. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
4. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.
5. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Disamping itu....................

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.



Buah Tembikai arr nie..
tumbuhan menjalar k...

bnyknye.....mmg merah..
dah ckp dah..tembikai nie warna merah...


wah......sgt merah..sgt enak...


jgn xtau..tembikai pun leh dibuat hiasan


Buat air pun sedap tau.....


*** so ape lg..jom arr same2 kite menikmati buah tembikai yg sungguh sedap & memanfaatkan segala khasiatnya....****
*** En.tembikai..sy sgt suke pd kamu....heheheh...luv you....muah2....