every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 19, 2013

BRIM 2.0

Sehingga kini sebanyak 6 juta ringgit telah diagihkan dan telah 
diterima oleh semua penerima BRIM..
di seluruh Malaysia
menurut ape yg ak  dgr dlm berita ler..

alhamdulillah rezeki,
 ak pun telah menerima BRIM orang muda Rm 250.
dah selamat pun duit tue..
hahhahaha bak kata kwn ak,
 kire rezeki tepijak arr tue sapa nak bg kan..


Sekarang ak nak cite prosedur ak nak terima BRIM nie..

llllll
llllll
V



1. Terima surat yg dihantar oleh posmen..
bedebar baca nie..huhuhu



2. Buka je surat ade ler suratkan..huhihooo
lain2 seperti yg tertera..blh bc kn..



3. ak pun pergi arr ke dewan seperti yg di arahkan..
dgr2 ucapan skit, daftar nama n dpt ler 
kupon cm yg tertera ni..
warna pink lg..


seterusnya... Jeng..Jeng..Jeng..


diperkenalkan...
Baucer Tunai BRIM 
yg sedia ditukar di bank..

iiii
iiii
iiii
V





 tuah ayam nmpak di kaki
tuah manusia siapa yang tau kn...



*** apa pun alhamdullilah atas rezeki yg blh dikatakan tepijak nie
*** semoga akan ada berita baik yg lain akan menyusul..




Interview SPP vs Penilaian Khas

Selamat Petang Semua...

Alhamdulillah ak dah lepas interview SPP
di IPG kampus Perempuan Melayu Melaka 27 Februari 2013 yg lalu.. 
sebelum berjumpe panel mmg gemuruh sgt,
 serius jantung nie rase nak luruh je sbb gementar sgt tau..
Kami telah di interview secara berkumpulan..
pelbagai soalan telah di tanya antaranya berkaitan dengan isu semasa negara, 
dunia pendidikan dan soalan-soalan yang berdasarkan pendapat dan pandangan..
ok ler, sekurang-kurangnya ak dah buat yg terbaik..

Kini tiba giliran kawan-kawan yang dapat Penilaian Khas,
 kire xpayah p interview dah terus di sahkan dalam jawatan..
tetapi terpaksa melalui suatu sesi penilaian yang ditentukan oleh SPP..
Tahniah pada Farhanis bt Che Ayob a.k.a Kak Ton
sbb terpilih...
ade jugak wakil kelaskan...

bile selesai segalanye harap2 dapat la keputusan dan tarikh posting tue..

Ak berdoa dan amat berharap semuanya berjalan lancar.
Kita akan posting dan disahkan jawatan ke
jawatan
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG 41

semoga impian untuk posting dan menjadi seorang guru akan tercapai akhirnya



 ahli kumpulan semasa interview..




with kwn2 se KELAS..
kire reunion kecik sgt nie..hehehhe.....



sekian dulu... mood skrg
 menunggu keputusan   
 interview &  berita gembira 
tentang posting..


Sunday, March 17, 2013

Pembuka minda


9 Tips menjadi wanita cantik

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan
pandangan) sebagai celak bag...i kedua belah alis
mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian
akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al
haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH,
ukiran senyuman kalian akan bertambah manis
dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik
yang berasaskan malu dan keadaban.
InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian
biaskan itu akan menyejukkan mata yang
memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk
anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa
mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang
telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab
ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul
jasad sang hawa daripada menjadi mangsa
kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan
keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian
dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian
dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH,
kelak kalian akan temui warga Sholihin yang
nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara
kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah.
InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan
penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh
kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan
makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan
ketulusan dalam menunaikan solat dan
pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH,
takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau
keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam
mencari keredhoan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ila
ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian.
InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai
ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan
dalam kehidupan.

Semuga bermanfaat bagi kita semua,terutama kepada wanita muslimah,,amin,

(sumber:group mencari hidayah)

Antara aku & anggur

Anggur oh Anggur..

pastinye semua pernah 
menDENGAR, meLIHAT, meRASAI, meNIKMATI......
 segalanya tentang buah ini..

apa hubungannye dgn ak?? wah, mmg sungguh menarik..
sebenarnya adakah ANGGUR, PENGGANGGUR / PETANI ANGGUR.. ??


Ini adalah anggur..
nampak ranum & menyelerakan


sering kali org yg menganggur mengatakan:
"sedang menyemai benih anggur di kebun yang entah bile akan berbuahnya",
"menjadi petani anggur yg berjaya"
apabila ditnyakan tentang kerja..
amboi kecik hati petani anggur yg benar2 tanam anggur nie..

alangkah bahagianya kalau betul2 kite yg xde keje nie taman buah anggur,,
mane x nye, buah nie dah arr MANIS, SEDAP & byk KHASIATnya

yang paling penting, MAHAL HARGA nya.. 
masyuk..masyuk..hahhaha

Apakah faktor-faktor yg menyebabkan ak menjadi anggur akhirnya???

1. desakan keluarga
2. akibat malas & pemalas
3. menunggu lobang2 kerja 
4. tiada peluang wlpun telah berusaha
5. takdir yg maha esa


Walau apa pun alasannye... menjadi anggur bukanlan suatu kerjaya, jauh sekali suatu profesion..
apa yg penting, teruskan usaha dan berdoa semoga dipermudahkan rezeki dan memperoleh pekerjaan yang sesuai.. Bagi anggur yg senasib jgn putus asa.


Berbagai-bagai pilihan anggur yg terdapat dipasaran..
Kita boleh menentukan kite ANGGUR yg mana..
hahahahha


Insya-allah impian ak  untuk menjadi seorang GURU akan menjadi kenyataan.

Semoga panggilan utk POSTING akan tiba juga..

menjadikan anggur sebagai kerjaya membuatkan ak 


LEMAH, BOSAN, TAK BERDAYA, TAK PROAKTIF 
& menjadikan badan hampir sama dgn 
SPONGEBOB ...
Oh TiDak...!!
Tetibe teEMO SKIT..HUHU



Mmg arr comel tp badan kotak cmnie ape arr yg ade..huhuhu


setakat ini dulu, assalammualaikum..





Thursday, March 14, 2013

Kerja kedai Cd

Alhamdulillah..

Cepat sungguh masa berlalu.
 rase seperti diri ini masih berlegar-legar di bumi Jitra..
Utk maklumat, ak telah berjaya menamatkan pengajian
di IPG Kampus Darulaman pd Disember 2012..

Alhamdulillah segala berjalan lancar...--------> tunggu posting 

awal thn ari tue buat pertama  kalinye ak keje part time di kedai cd..
byk gak arr pengalaman, pengetahuan yg dapat ditimba...

br ak tau yg sebenarnya ade byk jenis piring yg warna putih tue..

1. cd- yg kite slalu gune nk burn kerja, juga sgt sesuai utk dipakai dlm radio kareta.
2. vcd- hat ade 2 or 3 keping utk satu cite.. leceh sungguh & sgt popular utk digelar vcd karaoke.
3. dvd- ini yg selalu kite guna, mampu simpan data dlm jangka mase yg lame.. hehehe cm yg slalu kite dgr tue..dvd cetak rompak..huhuhu
4. Blue ray- model terbaru n mahal skit arr.. yg ini kualiti mmg terang siap ade 3D lg u..

-------------------------------^-------------------^------------------------- siyes br tau..




nie gambar bukti ..
xbyk amik gambar sgt.. 
bos slalu pantau gune cctv da..hahha
xblh curi tulang..

byk org ckp.."ala, keje kedai cd senang je..!" . ckp senang da..
ak mengaku ape2 keje pun mmg arr penat. Hatta duk melepak pun penat jgkkan..
hehehe xpe arr kate pun bekerja.. kate2 semangat..!!

Antara rutin harian di kedai...

1.bukak kedai..
2. sapu n mop lantai
3. jd cashier
4. siapkan sale harian
5. lap cd yg belambak2...
6. layan customer
7. Jd budak suruhan utk tugas2-
 beli brg remeh2, tukar duit kat bank, anta cd kat brunch n mcm2 lg..hahaha

**ape pun skrg dah kembali menjadi penanam anggur yg berjaya..
**huhuhu berhenti sbb xtahan n sbb yg xblh diceritakan..poyo betul..
** kisah kerja pertama ..^_^

Monday, March 4, 2013

Muka Buku & Ayah

Suatu malam, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. Statusnya bertaip:

"Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:( "

Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan. 'Ah, semua hanya nak mengurat!' getus hati si gadis. Sampailah giliran jejaka yang ke 401.

Jejaka 401 komen:

"Mana hati nak tenang ~;

~ kalau solat pun kurang?
~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan?
~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang?
~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun!?
~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan?
~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan?
~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang?
~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang?
~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran?

Tapi yang hairannya bila tengok cerita "Setia Hujung Nyawa", tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz...

Wahai pemilik fb ni, sudah-sudahlah tu membongak~~"

Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block.

Then, gadis tu update status baru:

"I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!"

Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata,

"Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah..kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik



**just share dr FB..
** tindakan yg bijak bg seorang ayah bg mengawasi tingkah laku anak lebih2 lagi dlm ledakan kecanggihan multimedia pd masa kini..
**semoga sama-sama mendapat iktibar.. ^_^