every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 25, 2010

Derma darah


Hari ini adalah pengalaman pertama bagi aku untuk menderma darah.
emm mulanya mmg arr rasa gementar sgt2.. ya arr first time arr katakan..
aku tkt gak kot aku xlayak nak menderma bkn sbb xckup berat badan tp sbb tekanan darah rendah.. ye arr seperti yg semua maklum akukan tgh diet skrg, so mkn pun skit je arr..alhamdulillah semuanya ok n aku layak untuk menderma.


Nak derma nie mudah je tp ade banyak peringkat yg kita kene lalui..

1. mengisi borang untuk menderma
2. mengambil tekanan darah
3. menguji jenis darah dan jumlah hemeoglobin ( br aku tau aku ni jenis darah A+)
4. mengambil beg darah
sedia untuk derma.....

time2 aku mmg rasa nervous sgt2.. aku berckp xberenti tau. rasa takut sgt...
emm darah aku penuh cpt je dalam beg darah2..
lega lepas derma.. tp tu arr badan rasa lemah skit..



Jenis-Jenis Pendermaan


Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya

Penderma ‘Whole blood’

Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:

  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • Platelet
  • Plasma

Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.


Pendermaan Aferesis

Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.




Kriteria Penderma


Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  2. Berumur di antara 18-60 tahun
  3. Berat badan melebihi 45 kg.
  4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  5. Tiada masalah kesihatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
  7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
  8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

· Mengambil dadah secara suntikan

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood)

10. Untuk penderma wanita:

· Tidak mengandung.

· Tidak datang haid.

· Tidak menyusukan anak




No comments: