every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 23, 2010

FoR Kinah... kami bersamamu..


Hari nie..kami kene pg kuliah.. ye arr terpaksa ganti kelas semperna tahun baru cina yang bakal tiba nie.. hari nie.. 23/01/10
ketika pg kami 12 sekawan..begitu liat sgt nak bgn... maklum je arr slalu ari sabtu cuti..tp hari nie kami kene pg kelas plak..heheheh. walaupun mls tp ttp kene pegi..sbg guru pelatih kami mestilah bertanggungjawab terhadap pelajaran kami.. insya-allah jadi cikgu yg berdedikasi..(aku arr2)

Emm.. ketika pulang kami dikejutkan dengan berita sedih iaitu..ayah salah seorg dr kami iaitu KiNaH..telah kembali keRahmahtullah.. berita ini telah mengejutkan kami semua.. ye arr berita nie datang tanpa disangke2.. sedih mmg sedih tp berat mata kami memandang..berat lagi rasanya bahu yang memikulnya.. kesedihan jelas terpancar di mata KiNaH..

Mana tidaknya ayah yang disayangi telah pergi meninggalkannya.. semoga roh ayahnya akan dicucuri rahmat.. marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah.
KiNah..mengertilah kau sahabatku..
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan.
Diharap kau akan tabah menghadapi ujian ini..kami sebagai kawan akan sentiasa berada disamping ko di dalam susah dan senang.. kami syg ko KiNah..


HikMahnya menziarahi orang sakit...

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

No comments: