every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 3, 2011

konvokesyen

salam satu Malaysia

mood mlm ialah pasal konvokesyen....
sbnrnye ak xpenah amik tau pun...
al-maklum je arr..
rasenye ak lame lagi nak konvo nie..
xkesah arr..jom kite tgk serba sedikit hasil pembacaan ak..



Konvokesyen
( majlis penyampaian ijazah)
merupakan tindakan penerimaan / penganugerahan
ijazah akademik dari universiti.
(so kire kot penyampaian hadiah/anugerah cemerlang kire konvo)

di IPG konvokesyen Konvokesyen
merujuk kepada satu majlis yang diadakan untuk
menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia dan Diploma
Pendidikan kepada lulusan KDPM dan KPLI IPG.

Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya
(maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas").

peraturan berpakaian bagi graduan
( of couse arr majlis konvo kat universiti)

LELAKI
***********************************
Graduan dimestikan memakai 'Lounge Suit' warna hitam/biru gelap berserta tali leher ATAU Baju Melayu warna hitam/biru gelap, berbutang lengkap dan bersampin warna hitam dan kasut serta stokin warna hitam.
Definisi 'Lounge Suit' ialah Kot / Blazer berwarna hitam atau biru gelap ('blue black'), kemeja lengan panjang berwarna atau cerah, seluar panjang dan tali leher berwarna hitam, serta memakai songkok hitam dan kasut hitam. Graduan yang beragama Sikh sahaja dibenarkan memakai turban (warna hitam sahaja).
*Jubah dan 'Bonnet / Mortarboard' disediakan oleh Universiti.

PEREMPUAN
*************************************

Pakaian graduan wanita ialah PAKAIAN BAJU KURUNG atau PAKAIAN LABUH WARNA BEBAS. Kadar labuh ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan tidak berbelah di kiri kanan atau depan dan belakang.
Baju hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang serta berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
Pakaian daripada kain jenis jarang (nipis) adalah dilarang. (Pakaian berbentuk seluar adalah tidak dibenarkan).
Graduan yang tidak mematuhi syarat ini akan dihalang daripada menyertai majlis konvokesyen.
Graduan wanita dikehendaki memakai kasut bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (cover shoes), selipar ataupun 'sandle' tidak dibenarkan sama sekali.
Graduan wanita dikehendaki memakai kasut bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari hadapan kaki hingga tumit kaki (cover shoes), selipar ataupun sandle adalah dilarang sama sekali.
Graduan tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka.

***********************************************

untuk maklumat lanjut sila tnya en GOOGLE k..
xsabar pulak rasenye nak abis blaja..
SABAR FAIZAH...
heheh..ape pun hope majlis konvo yg akan dihadiri berjln lancar
tahniah ye semua atas kejayaan anda

LOVE YOU ALL..

p/s: belajar rajin-rajin ye..
yg penting study smart and work hard

renung-renungkan & selamat beramal...






No comments: