...................................................................
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata mengingati Rasulullah dan Sirah baginda merupakan sesuatu yang wajar bagi semua umat Islam yang seharusnya mengingati Rasulullah sebagai Qudwah kepada umat Islam.
Menurutnya, Qudwah bermaksud contoh ikutan yang menjadi ikutan masyarakat.
Namun begitu, bagi beliau, masyarakat hari ini sudah jauh daripada konsep Qudwah yang perlu dipegang.
“Masyarakat hari ini lebih memegang konsep diva, idola dan sebagainya. Bagi mereka konsep Qudwah ini sudah terlalu ketinggalan zaman padahal konsep silam itu penting,” jelasnya.
Sidek berkata, generasi muda kini sudah dilalaikan dengan budaya popular yang menyimpang daripada sirah Rasulullah.“Apakah perbuatan yang dilakukan hari ini sama dengan apa yang dilakukan di zaman Rasulullah atau kita hanya mengambil sikap membenci kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita,” soal beliau.Mengulas lanjut, Sidek berkata, masyarakat hari ini lebih mengenali dan meraikan sambutan Valentine daripada sambutan Maulidur Rasul yang kurang diingati oleh umat Islam.
Menurutnya, tidak semua dikalangan kita datang daripada keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.
“Kita sebagai pendakwah seharusnya memainkan peranan mendekatkan diri dengan mereka yang kurang pendidikan agama ini agar dapat membentuk kembali akhlak mereka selaras dengan sunah Rasulullah.
“Pelancaran Maulidur Rasul ini harus disusuli dengan semangat kecintaan kepada Allah dan Rasulullah agar sambutannya tidak menjadi satu ritual semata-mata,
**kesimpulannya...sambutan Mulidur rasul perlulah difahami
dan di selami dengan sepenuhnya..
** bersama-samalah kite memberbayakkan selawat ke atas nabi...
** akhir kalam...
SALAM MAULIDUR RASUL KPD SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT...
1 comment:
salam...
salam..maulidur rasul...
**follo ur blog..**36
Post a Comment