every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Aktiviti sepanjang UPSR 2015

Salam Ahad

Br menemui kerajinan..alahai cik Hanna
Entry kali nie i nk cerita tentang aktiviti yang kami jalankan di sekolah 
sepanjang minggu peperiksaan UPSR
hehee..saje bwk murid keluar,
 xde arr nnt BIG BOS dtg serang katenye we ollz bising.

Banyak aktiviti yg telah dijalankan antaranya:

1. Latihan rumah sukan ( mengikut rumah sukan msg2)
2. Latihan untuk special olyimpic ( acara dipertandingan mengikut mslh murid)
3. Pertandingan mewarna dan  membuat kolaj ( semangat murid sbb dpt hadiah)
4. Perkhemahan ( pasang khemah, BBQ, pertandingan raja&ratu rimba)

alhamdulillah segala aktiviti yang telah dirancang
 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
terima kasih kepada semua guru dan murid-murid 
atas kerjasama yang diberikan.


Latihan utk special olympic.
team down sindrom.
muke sama tp bkn kembar ok.
 mcm biase pasal begambar cikgu mmg win. hehehe

 Perkhemahan- bersantai-santai





 Raja & Ratu Rimba
macam2 gaya. hahaha







kumpulan kami

dabai lemak manis.


  
byk lagi gambar sebenarnya tp xsempat nk amik dr kawan.
apa pun harap ada lbh lg aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.
 xkesah la sesimple mane pun aktiviti yg dijalankan, 
apa yg pntg murid enjoy dan dapat sesuatu. 

 

Sunday, August 16, 2015

Hasil Kolaj

Aktiviti seni minggu ini adalah membuat Kolaj.
 
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
 Kolaj berasal dari perkataan Perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti  kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak atau gambar yang ingin dihasilkan
Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. 
Ia juga merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain.
 
Bagi murid normal memang nampak mudah..
tetapi tidak bagi anak-anak syurga i. 
 Mereka mungkin akan mengoyak/ mencarik dengan besar & kasar,
bermain dengan gam,
menampal sesuka hati.
Paling win, bile langsung xnak buat ape2..
sakit jiwa cikgu bile anak-anak buat perangai..

Ganjaran kali ini lumayan,,sesuai dengan hasil..
 
  
2 org dah dapat epal..jadi yang lain2 gigih siapkan tugasan 
 
 
 
 keputusan kene marah skit2, kene gertak akhirnya terjadilah hasil yang sangat memuaskan, 
xsia-sia cikgu pergi beli epal walaupun penat sangat smlm..
 





 
semua seronok dapat tengok hasil kerja selama 2 hari...
hehehehe..cikgu puas hati
 
 
 



 
*** hahahha..semua buat muka suka sgt dpt mkn epal.. 
nasib cikgu puase time nie, klu x mmg dh join skali..
 
 

 

Penutup Syawal 2015

Salam Ahad..

Cerita semalam 15 Ogos 2015, penutup Syawal tahun nie.
Byk pulak sekolah yang buat jamuan / rumah terbuka.. 
Sama lah jgk dgn sekolah tempat i mencurah bakti..hehehe
Jamuan simple2 je..sesuai dengan tema kesederhanaan..

sama seperti tahun-tahun sebelum ni, 
kita buat "pot- luck"
semua bawak sorang skit, then mkn sama-sama..

Bab makan-makan nie i mmg suke sangat..







Bab begambar mmg cikgu yg win..hahaha

in sha allah. semoga berjumpe di syawal akan datang.

 

Sunday, October 13, 2013

Ekspedisi ke Gua Niah

Salam Ahad...
alhamdulillah akhirnya ak &kwn2 telah ke gua niah..
walaupun hujan turun di sepanjang perjalanan,
namun di Niah, cuaca blh dikatakan baik..

Kami dah sampai,
anda bila lagi??

Gua Niah terletak di Daerah Batu Niah..
sudah semestinya di Negeri Sarawak..

Harga tiket masuk adalah RM 10 seorang 
dan RM1 bayaran bot untuk menyeberangi sungai Niah.

kecik je pun...
ye2 je ingat kene naik bot lame..

semangat nak naik bot

kami terpaksa berjalan kaki sejauh 4.1 km utk sampai ke painted cave.
nak blk kene jln lg 4.1 km..penat2

nie papan tandanye, silalah baca...

klu jalan separuh nnt menyesal pulak
cantik sangat pemandangan di dalam gua..

perlu di ingatkan,
kepada yg xbiasa dengan aktiviti ini kene arr buat persediaan secukupnya..
maklum ler ak tgk org yg dah biase, 
pakai selipar jepun n jln selamber jer..
kami nie punye arr letih sampai rasa nak tecabut kaki.



1. Pakai pakaian yg sesuai. ( t-shirt & tracksuit)
2. Pakai kasut sukan
3. Bawa lampu suluh 
( serius nak msk keperut gua tue kot xde bwk lampu,
 better main kat luar gua je arr)
klu telupe, sila dapatkan lampu suluh di muzium

4. Bawa air minuman..kot haus blh gak minum..



 Gua Dagang/ Trade Cave


 gua yang cantik &luas..
dalam gua nie lah, 
pedagang2 buat pondok n jolok sarang burung


 cantikkan..nie lah track dlm gua dagang..
cam dlm lukisan pulak.


Entrance of great cave

  cntik sgt2..mmg xrugi arr dtg sini..
pemandangan yg cukup indah..
alhamdulillah, 
berkesempatan melihat kecantikkan gua ciptaan Allah


 rase penat tetibe hilang bile dpt amik gmbr..heheh




 dlm gua nie serius gelap..
tue gunenye lmpu..
dpt pulak kamera hebat..
nmpk terangkn..




Kuala Gankira

kami dah smpai kepenghujung gua..
lega akhirnya dapat tgk cahaya..

 berehat dulu.. lenguh kaki nie



Painted Cave

 nie br pintu msk, msh kene berjln...
walaupun penat..BERSEMANGAT


nie ler lukisannye.. dah xberapa jelas..
maklum ler tinggalan beribu thn..

hasil terjemahan ilmuan, 
katenye lukisan mengesahkan perjalanan si mati
 ke alam seterusnye..
    wah..scary the mary gitu..hikhik

****************************************

kami berjalan pulang dengan kelajuan maksima..
hahhahaha...mmg xingat ape dah.
penat kot, perut pun lapar semacam je.




sebelum pulang, msk muzium dulu..
hehehhe br blh memahami perjalanan 
ke dlm gua dengan lebih terperinci.
ini sume poyo..hahha



 ahli akeologi mentafsir lukisan org dahulu kala...hehehe




*****************************************
Gua Niah Terbaik..
*****************************************