every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Makanan..resipi hari ini. Show all posts
Showing posts with label Makanan..resipi hari ini. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Nasi Lalapan

hari nie nk kongsi resepi sambal nasi lalapan..
First time dgr, nmpk n rasa nasi nie bile tiba di miri bumi bertuah nie.
katenye dpt gelaran or nama nasi lalapan sebab ia mengandungi lapan unsur.
betul ke cm2?? emm bgs kite kire same2, br tau betul ke idak..hahahah

Nasi Lalapan
1. Nasi Putih
2. Sambal
3. Sayur kobis *
4. Sayur Kacang panjang*
5. Sayur timun*
6. Ayam/Ikan
7. Tempe
8. Tauhu

(yg bertanda * semua kene celur k
ayam,tempe n tauhu goreng)

eh, lepas kira betul la ade lapan.. hehehe..
nasi nie ala2 nasi ayam penyet tau.
bila makan nasi nie yg plg penting sambal.
sambal sedap br terangkat..heheh

resepi sambal lelapan

1. 6 beberapa biji cili padi*
2.  1 biji tomato*
3. 1 biji Bawang besar*
4. belacan
5. garam
6. beberapa biji limau kasturi

 langkah-langkah:
1. potongkan bahan yang bertanda * dan goreng dengan sedikit minyak.
2. setelah itu, lenyekkan bahan yang telah digoreng. 
ingat ye, kene lenyek.
 xboleh tumbuk or blender. 
mesti lenyekkan guna lesung batu.
jika abaikan langkah nie..kompem xjadi
3. setelah itu, masukkan belacan, dan perahkan limau kasturi.

siap..senangkan.

selamat mencuba

 hasil bekal makan di sekolah.  
mskan chef hebat.
lapan unsur ditambah dengan tomato n syur midin pun blh..

terima kasih pada kak suzie atas resepi hebat.
 

Sunday, July 5, 2015

Kuih samperit susu

Salam Ramadhan ..

Semoga Ramadhan tahun ini akan membawa beribu erti kepada semua.
Sama-sama kita memohon keampunan di bulan yang mulia ini.
Tahun ini semangat buat kuih raya, tp biase je.. buat yg simple dan senang sangat.

Samperit susu

Bahan-bahan:

1 buku buttercup
1 cawan susu pekat
5 cawan tepung jagung.
sedikit hiasan (blh buh coklat cip or ape2)


Cara- cara:
1. Gaul butter dan susu.
2. Masukkan tepung jagung.
3. Masukkan dalam acuan dan tekan..
4. Bakar selama 15 minit / sehingga masak
5. Sedia utk dimakan..

tadaaa.. inilah hasilnya.

**Cantik x?? 
Heheh..ini i bakar guna periuk ajaib tau.
sweet sgt bile tgk hasil kejadian yg sungguh comel..
Klu nk gune periuk ajaib nie..kene guna bahagian yg rata tue.. bakar selama 20 minit & guna api yg paling kecik.
Sumpah sedap..cair dimulut..😊
selamat mencuba.


Friday, May 15, 2015

Mee Kolok

Mee kolok salah satu hidangan yg sedap mesti di kene try bila datang Sarawak..
Menu nie mmg popular kat Sarawak..even dlm kalangan student kat sek pun hari2 bawak bekal mee kolok..
Sebab rupe mee kolok nie ala2 meggi, cikgu tersalah sangka..ingat depa dok mkn meggi hari2..rupenye makan mee kolok.
Mee kolok boleh dihidangkn dalam pelbagai cara & gaya.. rebus atau goreng.

harinie nk kongsi mee kolok anak2 syurga😊

Bahan-bahan

Mee kolok (hero kite nie)
Kicap,sos tiram,lada hitam,sos lada hitam,garam n gula
#sukatan agak2 ikut suka#😆


langkah-langkah

1.Cuci dan rebus mee kolok ( ketepikan)
2.Panaskan air bersama dengan semula bahan. (Sukatan agak2 ye)
3. Hidangkan kuah bersama mee kolok yang telah direbus..



#anak2 makan punye xhingat..sedap sgt katenye..hikhik#



Monday, August 18, 2014

Roti Jala hebat

mood malam nie nak makan roti jala..
alhamdulillah setelah hampir sejam menjala
maka siap la hidangan untuk makan malam..
syukur..

 resepi roti jala nie sgt mudah, 
semudah a..b..c..


Roti Jala Hebat

2 cawan tepung
1 biji telur
1 sb garam
6 sb minyak
1 sk pewarna kuning
    air ( agak-agak cukup utk adunan tue cair)

** masukkan semua bahan ke dalam blender, setelah sebati rehatkan adunan sebentar.
     panaskan kuali, & mula menjala...hehehhe
    ( pastikan kuali yang digunakan adalah jenis non stick br senang nk gulung td )

Sardin Bersama Kentang

1 biji bawang besar ( potong dadu)
2 biji kentang           (potong dadu)
6 tangkai cili kering (kisar halus)
1sb garam
1 tin sardin sederhana besar ( lenyekkan sehingga hancur)
1 sb asam jawa
1 cwn air

** tumis cili dan bawang sehingga naik bau, mskkan air dan kentang..
     setelah kentang empuk, mskkn sardin, garam dan asam jawa.



mula menjala...
**semasa menjala, rendahkan acuan dan bentukkan dengan perlahan


 llll
llll
lll
llll
llll
V

jadi ini la hasilnya...


ROTI JALA HEBAT & SARDIN BERSAMA KENTANG





****huhuhu, saya sbnrnye cewi ada kuali ajaib, itu pasal byk rajin..

Wednesday, December 26, 2012

Nasi Lemak


Nasi Lemak Ibunda  


Hari nie cuaca mendung je...
mkn nasi lemak panas2 pun syok jgkkan..
hehehe, hari ni nak share skit
 bahan2 dan langkah2 nak buat nasi lemak nie
kalau rajin blh buat sendiri, kot mls...
sila ke kedai yg berhampiran untuk mendapatkannya ye..

^^
^^
^^
V


Bahan-bahan

   (A) Nasi  -  beras, santan, halia, daun pandan, garam
       (B) Sambal - minyak masak, ikan bilis, bawang merah & bawang putih, 
cili kisar, gula, garam, asam keping,sedikit air

Langkah Penyediaan

(A) -basuh beras dan masukkan santan. 
sukatan adalah sama macam nak masak nasi biasa. 
-Masukkan halia yg telah dicincang halus ,
 daun pandan dan masukkan sedikit garam.
- kacau nasi agar santan dan semua 
bahan-bahan sebati semasa memasak.


(B)- goreng ikan bilis terlebih dahulu. 
-tumiskan bawang merah & bawang putih 
yang telah dikisar halus 
dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
-Masukkan cili kisar, dan kacau seketika.
-masukkan sedikit air, asam keping, 
garam dan gula secukup rasa.
-renehkan sehimgga sambal pekat.



*****sedia di makan bersama ayam goreng, 
telur rebus, timun & kacang.*****

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, April 18, 2012

Membuat donut

salam hari rabu..

Agak sibuk beberapa hari ni..
al- maklum arr tempoh praktikum hampir tamat.
ak nak berkongsi aktiviti P&P yg ak dan Yan dah buat..
terima kasih diucapkan

kepada kinah & bessy di atas idea yg sungguh menarik.hahahha

kami buat donut je pun..
oleh kerana first time buat,

kami pun telah mendapatkan bimbingan daripada guru-guru senior..


Bahan-Bahan:

i. 1kg tepung gandum

ii. 1 cawan planta ( marjerin / batter pun blh)

iii. 6 sudu susu tepung (byk pun blh)

iv. 6 sudu gula

v. air

vi. yis kering(mauripan)


**gaul semua bahan dan uli sehingga licin dan rehatkan selama 20 minit.



-- objektif pengajaran kami adalah untuk
murid dapat bentuk doh menjadi bentuk donut yang betul dan kemas.

-- guru sediakan doh
ii
ii
V
--murid bentukkan doh, goreng, gaul gula dan makan..




___________________________________________



donut yg telah siap..menarikkan!!

___________________________________________

pengajaran guru, langkah demi langkah..

i. memperkenalkan bahan-bahan
ii. demonstasi membentuk doh
ii. murid membuat doh sambil
mengikut langkah-langkah ditunjukkan guru
iv. menggoreng
v. menggaulkan ke dalam gula
vi. mkn donut yg telah siap.
____________________________________________




**nnt update aktiviti lain pulak ye..=)

Friday, December 23, 2011

Pizza hebat

Salam Jumaat..

hari ini hujan turun renyai2 sepanjang hari...
mungkinkah rumahku yg berada ditingkat 3 bakal BANJIR??
hahahah mungkin tidak, hujan renyai2 je..

mood hari nie

i
i
i
V

PIZZA hebat




nak buat pizza nie senang je, meh sini ak bgtau resipi

bahan-bahan: anggaran 8 org

a) tepung---1/2 kg
minyak---1/2 cawan
sedikit garam
sebiji telur
mauripan ---> setengah peket
air---> ikut keperluan


( gaul & uli sehingga rata, licin)
-sakit tngan ak nie..menguli, nasib xpatah. hahahah-

------------------Rehatkan tepung----------------



b) sos tomato + sos cili
keju
tomato

lada benggala
ayam
sosej ayam
macam lg yg boleh diisi, ikut kesesuaian & selera

---------------------------------------------------------

1. uli tepung
2. sapu sos cili & sos tomato di atas terung
3. susun bahan-bahan b.
4.bakar di dalam oven

setelah siap, blh arr msk dlm mulut ye..
akhirnye, sedap jgk..
hhahahaha

SELAMAT MENCUBA YE..











komen yg mencuba, adalah sangat memuaskan
hehe, sedap sgt gamaknye..
MANTAP2..

semua mmg berselera & xsabar-sabar tau,
maklum arr bkn selalu ade mood baik cmnie..







p/S; jgn segan2 utk mencuba, insya-allah sedap..
mudah, cepat & pantas




















Sunday, August 14, 2011

Nasi Ulam vs Nasi Kerabu

nasi kerabu or nasi ulam pilihan korang??
klu ak, mane2 pun blh..dua2 pun sedap..
tp biase ak mkn nasi kerabu je..
nasi kerabu yg dijual di pasar mlm Tanah Merah mmg hebat
hahahah..kali nie ak cube mkn nasi ulam pulak..
tp ak pilih lauk telur goreng je..
ok arrr buat pembuke selera...

nasi kerabu

I
I
V


nasi ulam
I
I
V

**tah cmne rasenye..ape pun marilah kite same2 mencuba..
SELAMAT BERBUKA PUASE..

Popia sambal

hahaha..dgn ini diumumkan ak berjaya gak buat popia sambal..
yeke name dia tue??
lantak arr yg penting popia jgk..
walaupun mls, ku gagahkan jgk menggulung popia..
mmg senang tp lengguh beb,..
nak tecabut bahu nie rasenye..
tp tgk dr rupenye,
Alhamdullillah berjaya tp xtau arr pulak rasenye.
al-maklum arr puase..
tp menurut BESSY..ok je..
hahaha ak consider ok jgk arr..

ape yg penting
USAHA TANGGA KEJAYAAN..

dipersembahkan...
I
I
I
I
I
v

POPIA SAMBAL VERSI FAIZAH




mesti rase teliurkan..
hahahah ak tau dah....

Wednesday, May 11, 2011

Masakan Ibu Vs Masakan Ayah

really home sick....
arhhhhhh....

sangat2 rindu terutamanya pada makanan...
Oppss....rindu pada ayah & ibu yg plg utama..
masakan ibu mmg yg paling TERBAIK..
tanyala sesiapa pun..mesti dia akan ckp,
masakan ibu diorg yg PALING SEDAP
btl x??

masakan ibu mmg yg paling dirindui
tetapi
masakan ayah sentiasa diingati

i
i
i
V

kite tgk dulu sebahagian masakan ibu..^_^



sambal tumis udang+petai



sambal sardin



sup telur



ayam goreng



kacang buncis goreng

*** nie je gmbr yg sempat di snap..mklum je arr bkn slalu blk umah**


i
i
i
V

antara masakan ayah...


Mee kung fu..
syr yg menutupi mee



ikan siakap stim



ikan tilapia 3 rasa



sayur campur


***ayah mmg pandai masak....wah sungguh sedap***


ak???
blh arr skit2..yg ak plg pandai
Nasi Ayam arr




** mesti rasa terliurkan..hahah ak pun...
** xsabarnye nak blk umah...
utk resepi sila google k..

SAYA SAYANG IBU & AYAH SAYA..



Memasak

minggu nie mood rajin datang secara tiba2..
hahhahaha
selama nie mmg rajin ke??
ak pun tertanye-tanye..
tp ape yg kite akan dpt klu mlskan..
melainkan......

KERUGIAN...

xnak arr mls2..faizah xblh mls ye...
muhahahah...

oleh kerana ikan minggu nie tersangatla murah..
sekilo 2hinggit u...
ak n kwn2 amik keputusan nak msk laksa...


Laksa

bahan-bahan:
a.kuah
- ikan
- cili kisar& capai melaka
-bawang merah & putih kisar
-bunga kantan, daum kesum
-perasa( garam & pak aji)
-asam keping

b. sayur
- timun
-cili besar
-limau kasturi
-telur rebus
-ulam raja pun best gak..

**paling penting jgn lupe laksa k..


Oppss..sgt penat menulis..
apa kata google je cara2 memasak ye..^-*


laksa yg telah siap..
jemput mkn..^_^

I
I
I
I
I
I
V

nie menu biase je,
al-maklum arr bujang..hehehh



mee goreng....


potato wedges
cara ak..blh arr


** untuk semua resepi n cara memasak..silalah google k..

**SEKIAN TERIMA KASIH**