every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 25, 2010

seHijau warna

Teknologi Hijau
( Green Technology )


hijau..hijau...hijau...warna hijau akan membuatkan ak teringat pada pelbagai perkara..sayur, pokok,
katak, rumput..mcm2 lg arr..so kat sini ak nak share skit ttg apa yg telah ak baca..jom same tmbh pengetahuan......

Definisi.......

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

● Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

● Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

● Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


Objektif........

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Kepentingan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan kita sebagai orang awam....

Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia.

Aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita.

Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang.

sumber: di edit skit2 dr http://pmr.penerangan.gov.my/

saya kata:

*** Oleh yang demikian, marilah kita semua agar sama-sama mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya...bkn sahaja dapat berjimat bahkan dapat membantu menjaga bumi kita yg semakit tenat keadaannya ini.....

** teknologi hijau membawa banyak manfaat dan keuntungan kepada kita sbagai pengguna...bile lg nak bejimat n kumpul duit byk2...hahahahah......

**hijau bukan sahaja menyejukkan mata..malah dapat menenangkan jiwa....

**marilah kita mendekati sesuatu yg dikenali sebagai"HIJAU"

~abg slalu ckp teknologi hijau..green technology..tp xpenah bgtau ape sbnrnye..itu buat sy tertanya-tanya..tnye en google lg baik..hahahhaha...~

~ ape pun sy dh fhm abg...time ksh...~

No comments: