every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

Bersahur...

alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama bg bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan al-mubarak..pagi nie ak berjage..bkn ape lepas sahur td mls nak tido blk..tkt telajak subuh pulak nnt..ak sentiasa berdoa dan berharap semoga Ramadhan pada tahun ini akan membawa beribu keberkataan dan kemanisan dalam ak menjalankan ibadah yang diwajibkan ke atasku sebagai umat manusia yang beragama islam.

Pada Ramadhan tahun ini, ak berazam utk:
1. Puasa penuh selama 30 hari.....(insya-allah)
2.Menunaikan solat sunat Tarawih
3 memperbanyakkan zikir dan membaca al-quran
4.mengurangkan percakapan yg sia-sia..

**ak harap azam ak nie dapat mencapai sasaran arr..xnak arr sekadar hangat2 hati ayam je...
xblh cm2..xblh2....
**ape pun time kasih kepada abg yg sentiase menjadi pendorong dan pemberi semangat..wlpun kdg2 rase cm abg asyik membebel je...tp tau sebenarnye ape yg abg ckp tue sumenye btl..time ksh abg.....
** sebelum ak nak soalat subuh nie ak nak share dgn sume tentang :

keberkatan bersahur...

Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu.

Sabda baginda SAW :

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”

Antara hikmah disyariatkan bersahur :

1. membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

2. Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.


~ pesanan utk semua...lepas bgn sahur jgn arr tido blk..tkt telajak subuh pulak nnt...yg paling penting..jgn lupe bersahur ye...same2 kite mendapat keberkataan dalam bulan yang mulia ini...

~nnt pg jgn buat2 lupe n mkn nasi pulak ye..~

No comments: