every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 18, 2014

Roti Jala hebat

mood malam nie nak makan roti jala..
alhamdulillah setelah hampir sejam menjala
maka siap la hidangan untuk makan malam..
syukur..

 resepi roti jala nie sgt mudah, 
semudah a..b..c..


Roti Jala Hebat

2 cawan tepung
1 biji telur
1 sb garam
6 sb minyak
1 sk pewarna kuning
    air ( agak-agak cukup utk adunan tue cair)

** masukkan semua bahan ke dalam blender, setelah sebati rehatkan adunan sebentar.
     panaskan kuali, & mula menjala...hehehhe
    ( pastikan kuali yang digunakan adalah jenis non stick br senang nk gulung td )

Sardin Bersama Kentang

1 biji bawang besar ( potong dadu)
2 biji kentang           (potong dadu)
6 tangkai cili kering (kisar halus)
1sb garam
1 tin sardin sederhana besar ( lenyekkan sehingga hancur)
1 sb asam jawa
1 cwn air

** tumis cili dan bawang sehingga naik bau, mskkan air dan kentang..
     setelah kentang empuk, mskkn sardin, garam dan asam jawa.



mula menjala...
**semasa menjala, rendahkan acuan dan bentukkan dengan perlahan


 llll
llll
lll
llll
llll
V

jadi ini la hasilnya...


ROTI JALA HEBAT & SARDIN BERSAMA KENTANG





****huhuhu, saya sbnrnye cewi ada kuali ajaib, itu pasal byk rajin..

Saturday, February 22, 2014

Kelas 2 Bestari 2014

Salam Sabtu..

hai semua, akibat demam hari ni br ade mase nak mengupdate
gambar murid kelas 2 bestari
 Calon ahli syurga aka buah hati cikgu

 sayalah guru kelas
 
iiii
iiii
iiii
iiii
V


dari depan Jones, Adrian, Cikgu, Dexter,Maxces
dari belakang Christopher, Danielle, Vannesia


** setelah hampir 10 kali mencube, dapat jugak amik gambar 
dgn gaya yang jelas dan senonoh hehehe..**

 



semangat & sopan semua makan.. 
alhamdulillah , habis semua makanan yang di hidangkan

 

Wednesday, December 18, 2013

Salam Rabu...

kini kita semakin hampir dengan tahun baru 2014..
heheheh azam 2013 pun byk xterlaksana..
kini terpaksa memikirkan semula azam baharu..cewah

Dlm bln disember nie, msh dlm mood bercuti..
mood kenduri kahwin, sambut kelahiran baharu,
mood BECINTA.... gatal2..

Br2 nie tgk iklan kat tv, ade drama baru nk keluar...
**projek memikat suami**
Just nice, sweet n tasty... huhuhu
walaupun msh anak dara tp ttp rase teruja dgn drama nie.
adaptasi novel..so ape lg, jom kite mentelaah dulu.

Novel yg santai tentang bagaimana seorg isteri memikat suami..
1. seorg isteri perlu taat dan setia
2. Menghormati suami
3. Memahami kehendak suami
4. Rajin dan bertanggungjawab.
5. Taat kepada allah dan rasul.
6. Pandai memasak.. kate org pikat suami dengan perutnya.
7.berhias hanya utk suami..

adoi byknye peranan dan tanggungjawab. Nmpk berat namun jika kita ikhlas dan berusaha
Untuk buat yg terbaik..in sha allah segalanya akan berjalan lancar..
Bagi mendapatkan lebih input....... sila bc buku yg berkenaan byk skit.



***$%@%÷&€ mood gatal nak kahwin..**€&^/=$#=
Xbrape syok update blog gune tab. Lain kali kene pakai laptop jgk.

Sunday, October 20, 2013

Doa Pagi

Salam Ahad....


Bismillahirrahmanirrahiim..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu..
CintaMU dan cinta orang-orang yang..
MencintaiMU serta cinta yang dapat..
Mendekatkan aku kepada cintaMu..

Ya Allah..
Apa yang Engkau anugerahkan kepadaku ..
Dari apa- apa yang aku cintai..
Maka jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku..
Tentang apa yang Engkau cintai..
Dan apa-apa yang Engkau singkirkan dariku ..
Dari apa-apa yang aku cintai..
Maka jadikanlah ia kekosongan bagiku ..
Tentang apa yang Engkau cintai..

Ya Allah...
Jadikanlah cintaMU sesuatu yang paling kucintai..
Daripada cintaku kepada keluargaku,
Hartaku dan air dingin saat dahaga.
Buatlah aku mencintaiMu, malaikat-malaikatMu,
Nabi- nabiMU, Rasul-rasulMu, dan hamba-hambaMu yang sholeh..

Ya Allah..
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
Dan jadikanlah aku bagiMu seperti yang Engkau cintai..
Jadikanlah aku mencintaimu dengan segenap hatiku
Dan ridha kepadaMU dengan segala usahaku..

Ya Allah..
Jadikanlah segenap cintaku bagiMu
Dan seluruh usahaku di dalam keridhoanMu
Kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
Dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan tersesat.
Sebagaimana ENGKAU telah memberi penghalang
Antara aku dengan hatiku, maka berilah penghalang
Antara aku dan syaitan beserta perbuatannya.

Ya Allah,..
Aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
Yang percaya pada pertemuan dengan-Mu (kelak di akhirat)
Dan ridha atas keputusan-Mu..
Serta selalu merasa cukup dengan (apapun) pemberian-Mu.

Ya Allah..
Saya memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu.
Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku..
Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan
Dan memudahkan urusanku.dengan rahmatMu
Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. Dengan
RahmatMu Engkau Angkat kesaksianku.
Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. ..
Dengan rahmat-Mu Engkau Ilhamkan..

Aamiin Allahumma Aamiin..



kredit to : buku resepi