every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru 1433 M


Salam Maal Hijrah...
Selamat Tahun Baru yg ke 1433 M

semalam sempat tak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun??

doa akhir tahun dibaca pada waktu asar sebelum waktu magrib
dan doa awal tahun dibaca selepas magrib..


DOA AKHIR TAHUN
dibaca 3 kali pada waktu Asar sblm msk waktu Magrib




DOA AWAL TAHUN
Dibaca 3 kali selepas waktu Magrib



bg yg xsempat baca blh baca tahun depan ye..=)

__________________________________

semoga segala dosa kita semua akan diampunkan oleh Allah
dan tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
bersama-samalah kita memperbaiki diri dan mencari redha Allah.


sebelum terlupa ak nak share sesuatu yg ak baca daripada blog Solihin zubir
iaitu muharram BUKAN bulan nabi berhijrah.
i
i
i
i
V

Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Cumanya tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam yakni sebagai tahun pertama kalendar Islam. Manakala bulan Muharram pula dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ini bermakna, bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

*semoga semua mendapat menfaat.
*love u all

Saturday, November 26, 2011

tahniah pengantin


assalammualaikum...

indah sungguh hari ni kn..
dikesempatan ini saya ingin...
mengucapkan tahniah kepada
kawan-kawan dan sahabat
yang telah dan akan
melangsungkan perkahwinan mereka
pada cuti sekolah ni
( byk sungguh yg kahwin ni, alhamdulillah byk masjid yg terbina)





tahniah kerana telah bertemu
dengan khalifah dan penyeri hidup anda semua
semoga berbahagia hingga akhir hayat..

kepada kawan-kawan lain yg ingin
mengikut jejak langkah mereka
sila pastikan:-->

1. bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri
2.mempunyai sumber kewangan yg kukuh
3.tiada komitmen lain yang menghalang anda dr berkahwin
4. ada calon suami/isteri..
5.mendapat restu daripada keluarga.

kalau semua cukup..
bolehlah dinikahkan secepat mungkin
pastikan cukup rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah ye..=)

Rukun Nikah :
1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

** SELAMAT PENGANTIN BARU
DAN
SELAMAT MELANGKAH KE ALAM BARU**



MAKIN BERTAMBAH UMAT NABI MUHAMMAD=)

Monday, October 3, 2011

konvokesyen

salam satu Malaysia

mood mlm ialah pasal konvokesyen....
sbnrnye ak xpenah amik tau pun...
al-maklum je arr..
rasenye ak lame lagi nak konvo nie..
xkesah arr..jom kite tgk serba sedikit hasil pembacaan ak..



Konvokesyen
( majlis penyampaian ijazah)
merupakan tindakan penerimaan / penganugerahan
ijazah akademik dari universiti.
(so kire kot penyampaian hadiah/anugerah cemerlang kire konvo)

di IPG konvokesyen Konvokesyen
merujuk kepada satu majlis yang diadakan untuk
menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia dan Diploma
Pendidikan kepada lulusan KDPM dan KPLI IPG.

Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya
(maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas").

peraturan berpakaian bagi graduan
( of couse arr majlis konvo kat universiti)

LELAKI
***********************************
Graduan dimestikan memakai 'Lounge Suit' warna hitam/biru gelap berserta tali leher ATAU Baju Melayu warna hitam/biru gelap, berbutang lengkap dan bersampin warna hitam dan kasut serta stokin warna hitam.
Definisi 'Lounge Suit' ialah Kot / Blazer berwarna hitam atau biru gelap ('blue black'), kemeja lengan panjang berwarna atau cerah, seluar panjang dan tali leher berwarna hitam, serta memakai songkok hitam dan kasut hitam. Graduan yang beragama Sikh sahaja dibenarkan memakai turban (warna hitam sahaja).
*Jubah dan 'Bonnet / Mortarboard' disediakan oleh Universiti.

PEREMPUAN
*************************************

Pakaian graduan wanita ialah PAKAIAN BAJU KURUNG atau PAKAIAN LABUH WARNA BEBAS. Kadar labuh ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan tidak berbelah di kiri kanan atau depan dan belakang.
Baju hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang serta berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
Pakaian daripada kain jenis jarang (nipis) adalah dilarang. (Pakaian berbentuk seluar adalah tidak dibenarkan).
Graduan yang tidak mematuhi syarat ini akan dihalang daripada menyertai majlis konvokesyen.
Graduan wanita dikehendaki memakai kasut bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (cover shoes), selipar ataupun 'sandle' tidak dibenarkan sama sekali.
Graduan wanita dikehendaki memakai kasut bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari hadapan kaki hingga tumit kaki (cover shoes), selipar ataupun sandle adalah dilarang sama sekali.
Graduan tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka.

***********************************************

untuk maklumat lanjut sila tnya en GOOGLE k..
xsabar pulak rasenye nak abis blaja..
SABAR FAIZAH...
heheh..ape pun hope majlis konvo yg akan dihadiri berjln lancar
tahniah ye semua atas kejayaan anda

LOVE YOU ALL..

p/s: belajar rajin-rajin ye..
yg penting study smart and work hard

renung-renungkan & selamat beramal...






saya suka


saya suka update blog saya..

saya suka cerita aktiviti-aktiviti & semua pengalaman yg tlh lalui..
saya suka share apa yg saya fikirkan
saya suka nak luah perasaan saya
saya suka tulis semua pasal saya, kwn2, keluarga & org yg ada kaitan dgn saya
yg xde pun nak tulis gak...

walauapepun yg saya tulis...
bkn semua hal blh share
saya tahu semuanya mesti ade

PRIVATE & COFIDENTIAL

*********************************
xkan semua hal nak share kot..
isk, rase mcm ditelanjangkan arr pulak..
cite skit2 je arr..simpan skit utk diri sendiri..
lgpun ada sesetengah perkara xelok dikongsi..
simpan arr untuk diri sendiri jgk..
ok what..xsalah rasenye..
sape kate salah???
xkan arr hal kain dlm sendiri pun nak cite...

***********************************
ok arr renung-renungkan & selamat beramal..


p/s: bersama-sama kita menjaga adab & tingkah laku kite...
love you all..^_^