Saturday, January 30, 2010
Penatnya..
setalah puas berendam kami pun naik arr ke darat semula dan berpijak di bumi yang nyata. kami ni mahluk yang hidup di darat bukan di air.. sedar tu.. hahaha setelah siap salin pakaian kami pun bergerak ke destinasi seterusnya.. tp.... aku ketinggalan tuala kesayangku.. sedih tau tp ape blh wat... beli baru arr nmpknya..
kami meneruskan perjalanan kami yang penuh berliku.. lapar gile..tp aku still mantain je..kesian arr tengok kwn2 aku yng kelaparan..bila pandang org cm nak mkn je.. maklum je ar lapar sgt..hahaha kami singgah kat pasar tani, ingat nak arr beli kuih buat bekalan tp hampe sume dah bungkus nak blk.. xpe arr kami redha apa blh buat.. kami berjalan terus ke aneka.. lega dah sampai..kene air cond sejuk..nyamam.. jgn jelous.. berlegar-legar kat pc fair sat n aku kami terus beli roti..xtahan lapar sangat nie.. sambil tunggu kwn2 kami yg lain bershoping kami yang lapar nie carik arr port yg selesa nak makn roti yg sedap2... nikmatnya dapat mkn.. alhamdulillah kenyang...
setelah mengecas semula tenaga kami.. kami meneruskan perjalanan ke kedai ato kite semua... kfc arr.. lame xpergi melawat atok kami nie.. bkn ape xde buget arr.. huhuhu... kami enjoy makan n enjoy duk kat sini lelama... ngantuk arr seszngat.. maklum je arr perut dah kenyang.. hehehe setelah lame melepak kami amik keputusan nak balik tp kene tunggu plak... driver kami balik dr solat jumaat.. sedihnye jd penunggu nie.. letih tau... lame tunggu sampai lenguh kaki... akhirnye sampai jgk dia.. sampai kat umah .. lege
Tuesday, January 26, 2010
Elaun....

hehehe..hari nie hari yg berbahagia sgt2.. bkn ape hari ini hari keluarnye elaun..
lame tunggu akhirnya dapat jgk.. biasa arr awl2 bln nie..sbg pelajar IPG kami mmg tunggu sesgt ketibaan elaun nie.. alhamdulillah utk sehari aku dah blanja bnyk sgt nie..
huh..lega arr.. tp lepas nie pening arr kpale aku memikirkan soal duit nie.
time blanja seronok je..bkn nak beringat..hehehehehhe
skrg aku kene rancang kewangan aku jgn sengkek plak akhir2 sem.. parah cm2...
kepada semua kwn2..jgn lupe simpan skit duit elaun2..maklum arr kita nie xtau kot2 akan dtg nak guna duit.. hahahahaa.. klu xpadan arr muka sendiri...
- Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
- Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
- Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
- Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
- Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?
Monday, January 25, 2010
Derma darah
Hari ini adalah pengalaman pertama bagi aku untuk menderma darah.
emm mulanya mmg arr rasa gementar sgt2.. ya arr first time arr katakan..
aku tkt gak kot aku xlayak nak menderma bkn sbb xckup berat badan tp sbb tekanan darah rendah.. ye arr seperti yg semua maklum akukan tgh diet skrg, so mkn pun skit je arr..alhamdulillah semuanya ok n aku layak untuk menderma.
Nak derma nie mudah je tp ade banyak peringkat yg kita kene lalui..
1. mengisi borang untuk menderma
2. mengambil tekanan darah
3. menguji jenis darah dan jumlah hemeoglobin ( br aku tau aku ni jenis darah A+)
4. mengambil beg darah
sedia untuk derma.....
time2 aku mmg rasa nervous sgt2.. aku berckp xberenti tau. rasa takut sgt...
emm darah aku penuh cpt je dalam beg darah2..
lega lepas derma.. tp tu arr badan rasa lemah skit..
| Jenis-Jenis Pendermaan | | | |
Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
- Sel darah merah
- Sel darah putih
- Platelet
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.
Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.
| Kriteria Penderma | | | |
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
- Berumur di antara 18-60 tahun
- Berat badan melebihi 45 kg.
- Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
- Tiada masalah kesihatan.
- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
- Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
· Mengambil dadah secara suntikan
· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood)
10. Untuk penderma wanita:
· Tidak mengandung.
· Tidak datang haid.
· Tidak menyusukan anak
Sunday, January 24, 2010
Kurus????

Em.. kenapa sekarang semua gadis ingin menjadi kurus?? aku mmg arr xterkecuali..
ramai yang berpendapat berat dan badan aku dah ok arr dengan ketinggian aku..tp entah mengapa aku tetap xpuas hati.. aku nak kurus.. KURUS!!!
Cmne ek nak dapatkan bentuk badan yang ideal??? adakah dengan diet?? mkn ubat kurus?? minum teh herba?? bersenam??? semua persoalan timbul dalam fikiran aku tentang keberkesanannya.. apa tidaknya.. semuanya telah aku praktikkan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan aku..
Kini aku lebih selesa dengan mengurangkan makan.. bkn xmkn !! ( kebulur arr nnt) kurangkan mkn nasi.. mkn lebih buah-buahan..minum lebih air kosong.. kurangkan mkanan ringan..alhamdulillah aku merasakan kesannya. walaupun amat perlahan tetapi aku amat berpuas hati.bagiku apa yang penting ialah aku akan sentiasa sihat dan cergas bagi menjalankan aktiviti seharianku.
Tips Kurus..
1..Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…
2..Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.
3..Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.
4..Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……