every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 11, 2011

Masakan Ibu Vs Masakan Ayah

really home sick....
arhhhhhh....

sangat2 rindu terutamanya pada makanan...
Oppss....rindu pada ayah & ibu yg plg utama..
masakan ibu mmg yg paling TERBAIK..
tanyala sesiapa pun..mesti dia akan ckp,
masakan ibu diorg yg PALING SEDAP
btl x??

masakan ibu mmg yg paling dirindui
tetapi
masakan ayah sentiasa diingati

i
i
i
V

kite tgk dulu sebahagian masakan ibu..^_^



sambal tumis udang+petai



sambal sardin



sup telur



ayam goreng



kacang buncis goreng

*** nie je gmbr yg sempat di snap..mklum je arr bkn slalu blk umah**


i
i
i
V

antara masakan ayah...


Mee kung fu..
syr yg menutupi mee



ikan siakap stim



ikan tilapia 3 rasa



sayur campur


***ayah mmg pandai masak....wah sungguh sedap***


ak???
blh arr skit2..yg ak plg pandai
Nasi Ayam arr




** mesti rasa terliurkan..hahah ak pun...
** xsabarnye nak blk umah...
utk resepi sila google k..

SAYA SAYANG IBU & AYAH SAYA..



Memasak

minggu nie mood rajin datang secara tiba2..
hahhahaha
selama nie mmg rajin ke??
ak pun tertanye-tanye..
tp ape yg kite akan dpt klu mlskan..
melainkan......

KERUGIAN...

xnak arr mls2..faizah xblh mls ye...
muhahahah...

oleh kerana ikan minggu nie tersangatla murah..
sekilo 2hinggit u...
ak n kwn2 amik keputusan nak msk laksa...


Laksa

bahan-bahan:
a.kuah
- ikan
- cili kisar& capai melaka
-bawang merah & putih kisar
-bunga kantan, daum kesum
-perasa( garam & pak aji)
-asam keping

b. sayur
- timun
-cili besar
-limau kasturi
-telur rebus
-ulam raja pun best gak..

**paling penting jgn lupe laksa k..


Oppss..sgt penat menulis..
apa kata google je cara2 memasak ye..^-*


laksa yg telah siap..
jemput mkn..^_^

I
I
I
I
I
I
V

nie menu biase je,
al-maklum arr bujang..hehehh



mee goreng....


potato wedges
cara ak..blh arr


** untuk semua resepi n cara memasak..silalah google k..

**SEKIAN TERIMA KASIH**


Monday, May 9, 2011

wahai Adam yg memimpin...


Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..
.
Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa,
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa..
.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..
.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..
.
Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah…
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
kerana nantinya mereka akan semakin derita
.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
.
Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…
Lelaki pula janganlah mengharapkan
ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu
.
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat
Saidina Ali karamallahuwajhah…
Bukankah kamu lelaki punya
peranan besar terhadap hawa?
.
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya
.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur,
dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..
mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..
.
Wahai lelaki…wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,
bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,
bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,
bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,
saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu
api yang membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥
.
Wahai lelaki yang punya peranan besar..
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu..
jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik,
kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya,
nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya,
bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya
dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….


Sumber: Wahai Adam Yang Memimpin | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-adam-yang-

memimpin/#ixzz1LmSRmioS.....................



** semoga ak akan dipimpin oleh dia yg benar-benar mencintaiku dan berusaha utk memimpinku ke jalan yg benar dan lurus,,,,
** sesungguhnya ak sgt sygkan kau wahai * AdAM* ku .....***