every moment with you ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 3, 2015

Imunisasi

assalammualaikum semua..
post kali ilmiah ye, berkenaan dengan IMUNISASI


=>Apa Itu Imunisasi?
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa
penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui
pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan
badan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan
secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara :
Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi

=>Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah
• Tibi
• Hepatitis B
• Polio
• Difteria
• Pertussis (Batuk kokol)
• Tetanus
• Measles (Campak)
• Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
• Rubella
• Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)


P/S : kredit to infosihat.gov.my

Pada hari Rabu yang lalu, 
anak-anak yang berumur 7tahun telah disuntik di sekolah.
alhamdulillah syukur semua berjalan lancar & dapat disuntik.
kesiannye, semua menangis sbb sakit kene suntik.
sakit kejap je syg..cikgu pun kene suntik jgk dulu..

tahniah sebab berkelakuan baik walaupun ade sikit 
meronta dan menjerit sampai kene pegang kaki dan tangan.. 


 muka ceria semua jumpa nurse..( xtau lg nk buat ape..)


 muka dah cemas nie,,,hehehhe



 kesiannya..sakit skit je tu..


oppsss..lepas kene suntik terus xdtg sek..demam or trauma sbb kene suntik nie??? heheheh

Sunday, September 13, 2015

Nasi Lalapan

hari nie nk kongsi resepi sambal nasi lalapan..
First time dgr, nmpk n rasa nasi nie bile tiba di miri bumi bertuah nie.
katenye dpt gelaran or nama nasi lalapan sebab ia mengandungi lapan unsur.
betul ke cm2?? emm bgs kite kire same2, br tau betul ke idak..hahahah

Nasi Lalapan
1. Nasi Putih
2. Sambal
3. Sayur kobis *
4. Sayur Kacang panjang*
5. Sayur timun*
6. Ayam/Ikan
7. Tempe
8. Tauhu

(yg bertanda * semua kene celur k
ayam,tempe n tauhu goreng)

eh, lepas kira betul la ade lapan.. hehehe..
nasi nie ala2 nasi ayam penyet tau.
bila makan nasi nie yg plg penting sambal.
sambal sedap br terangkat..heheh

resepi sambal lelapan

1. 6 beberapa biji cili padi*
2.  1 biji tomato*
3. 1 biji Bawang besar*
4. belacan
5. garam
6. beberapa biji limau kasturi

 langkah-langkah:
1. potongkan bahan yang bertanda * dan goreng dengan sedikit minyak.
2. setelah itu, lenyekkan bahan yang telah digoreng. 
ingat ye, kene lenyek.
 xboleh tumbuk or blender. 
mesti lenyekkan guna lesung batu.
jika abaikan langkah nie..kompem xjadi
3. setelah itu, masukkan belacan, dan perahkan limau kasturi.

siap..senangkan.

selamat mencuba

 hasil bekal makan di sekolah.  
mskan chef hebat.
lapan unsur ditambah dengan tomato n syur midin pun blh..

terima kasih pada kak suzie atas resepi hebat.
 

Aktiviti sepanjang UPSR 2015

Salam Ahad

Br menemui kerajinan..alahai cik Hanna
Entry kali nie i nk cerita tentang aktiviti yang kami jalankan di sekolah 
sepanjang minggu peperiksaan UPSR
hehee..saje bwk murid keluar,
 xde arr nnt BIG BOS dtg serang katenye we ollz bising.

Banyak aktiviti yg telah dijalankan antaranya:

1. Latihan rumah sukan ( mengikut rumah sukan msg2)
2. Latihan untuk special olyimpic ( acara dipertandingan mengikut mslh murid)
3. Pertandingan mewarna dan  membuat kolaj ( semangat murid sbb dpt hadiah)
4. Perkhemahan ( pasang khemah, BBQ, pertandingan raja&ratu rimba)

alhamdulillah segala aktiviti yang telah dirancang
 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
terima kasih kepada semua guru dan murid-murid 
atas kerjasama yang diberikan.


Latihan utk special olympic.
team down sindrom.
muke sama tp bkn kembar ok.
 mcm biase pasal begambar cikgu mmg win. hehehe

 Perkhemahan- bersantai-santai





 Raja & Ratu Rimba
macam2 gaya. hahaha







kumpulan kami

dabai lemak manis.


  
byk lagi gambar sebenarnya tp xsempat nk amik dr kawan.
apa pun harap ada lbh lg aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang.
 xkesah la sesimple mane pun aktiviti yg dijalankan, 
apa yg pntg murid enjoy dan dapat sesuatu. 

 

Sunday, August 16, 2015

Hasil Kolaj

Aktiviti seni minggu ini adalah membuat Kolaj.
 
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
 Kolaj berasal dari perkataan Perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti  kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak atau gambar yang ingin dihasilkan
Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. 
Ia juga merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain.
 
Bagi murid normal memang nampak mudah..
tetapi tidak bagi anak-anak syurga i. 
 Mereka mungkin akan mengoyak/ mencarik dengan besar & kasar,
bermain dengan gam,
menampal sesuka hati.
Paling win, bile langsung xnak buat ape2..
sakit jiwa cikgu bile anak-anak buat perangai..

Ganjaran kali ini lumayan,,sesuai dengan hasil..
 
  
2 org dah dapat epal..jadi yang lain2 gigih siapkan tugasan 
 
 
 
 keputusan kene marah skit2, kene gertak akhirnya terjadilah hasil yang sangat memuaskan, 
xsia-sia cikgu pergi beli epal walaupun penat sangat smlm..
 





 
semua seronok dapat tengok hasil kerja selama 2 hari...
hehehehe..cikgu puas hati
 
 
 



 
*** hahahha..semua buat muka suka sgt dpt mkn epal.. 
nasib cikgu puase time nie, klu x mmg dh join skali..